Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Sunday, March 13

jom masuk politeknik :)

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Julai 2011 dibuka mulai hari JUMAAT, 4 Mac 2011 melalui aplikasi dalam talian (online) http://www.politeknik.edu.my bagi kategori berikut:

a. Lulusan Sijil Politeknik KPT

b. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
c. Lulusan Diploma Politeknik KPT
d. Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains

Untuk mengakses e-Borang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja).

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "41" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 411051. Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2011 dan Disember 2011 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.

NOTA:

Setelah mengisi e-Borang, pemohon dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut:

  • Menghantar maklumat e-Borang dengan menekan butang "HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN" sehingga arahan mencetak butiran permohonan dipaparkan.
  • Cetak butiran permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran. Sila simpan untuk rujukan.

Pindaan maklumat pada e-Borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan ulangi langkah di atas.

Pemohon perlu melalui proses temuduga bagi program berikut:

  1. Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) (AEU)
  2. Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automotif (AAD)

No comments: