Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Friday, May 18

result oh result

*menangis tetapi masih mampu tersenyum. menangis kegembiraan :))


antara hari2 yang membuat hati aku tak senang ialah menanti keputusan semester DIS 2011. tersangatlah menakutkan aku. aku sendiri tak mampu menjangka keputusan yang akan keluar. menjadikan aku lebih stress bila mengenangkan ada 2-3paper yang aku tak buat betul2 masa exam hari tu. aku tak tahu lah apa yang dah jadi dengan aku. walaupun aku dapat PB okey semester ni tapi masih takut dengan keputusan yang keluar.


nak jadikan ceritanya, aku balik dari kerja Pesta Konvo ke7 kat PSIS. petang sebelum balik, alia ada msg. dia kata result dah boleh tengok. mak aii. seram pula aku. lagi menakutkan bila dak2 rumah sibuk nak tengok result. aku pun lagi stress bila tak dapat tengok. on9 lah fb. kat Sudut Mahasiswa PSIS, bro NOH anta post macam mana nak tengok result EXPRESS WAY. hehe :)) thanks bro.


bila dah dapat tengok. mak aii. terkejut sangat2. alhamdulillah sebab dapat pointer agak tinggi dan aku tak jangka. sebab aku rasa sangat lah tak sangka dapat pointer tinggi macam tu sekali. bersyukur sangat2. terima kasih kepada yang menyokong aku selama ni dan juga kepada MAMA & ABAH sebab selalu doakan yang terbaik untuk anak dia. hehe :))


walaupun aku masih busy menerima tempahan semasa waktu peperiksaan. aku mampu menunjukkan bahawa pelajar yang sibuk dengan kerja part time juga mampu berjaya dalam hidupnya dan mampu menerima keputusan yang baik dalam peperiksaannya. aku juga sibuk dengan Kelab Audio Visual dan Multimedia. masih turun event2 walaupun sibuk dengan kelas yang tetap berjalan seperti biasa :))


terima kasih kawan2. walaupun banyak dugaan yang lalui semester DIS 2011. memang aku tak lupakan. memang menyakitkan hati aku selama aku hidup dalam dunia ni. semester ni juga, mengukir senyuman aku kembali bila dapat ANUGERAH KETUA JABATAN yang aku inginkan selama ini. hari2 tersenyum sendiri bila mengenangkan keputusan yang aku dapat.


terima kasih pensyarah2 PSIS. yang banyak menolong dan memberi tunjuk ajar selama ini. mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepenuhnya sepanjang semester DIS 2011. hehe :))

Ustaz Tobroni, Ustaz Abdul Halim, Encik Rasyidi, Puan Junaidah, Puan Illyana, Encik Fahmi, Encik Muz,

especially Encik Iszuwan :))


terima kasih kerana selalu mendoakan kejayaan saya :)) ♥

No comments: