Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Friday, March 8

Event Management

Event Management ?
salah satu subjek yang perlu aku ambil untuk semester 5 ini. nampak macam susah. hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu. pelbagai perasaan akan timbul. sakit hati, gembira, makan hati, cemburu dan lain2. kenapa perlu ada semua ni? lumrah manusia yang memiliki perasaan yang dia sendiri tak mampu untuk kawal. so, aku juga perasaan sebegitu. nobody perfect man.


7 Mac 2013
tarikh keramat bagi kelas DHK 5F & 5E dalam menjayakan Program CAREER TALK bersama Chef Sazali bin Ismail. Top 5 Chef in Malaysia. Top 10 Chef in World. betapa hebatnya beliau. aku sangat mengaguminya. banyak pengalaman dan cabaran hidup yang dikongsi sepanjang program ini berlangsung. walaupun dia tak terkenal seperti Chef Wan, Chef Mail, Chef Joe, dan lain2.

banyak Record Malaysia yang berjaya dilakukan bersama2 pelajar yang pernah diajarinya. Beliau juga pernah membuat kek 58 tingkat untuk majlis perkahwinan di Istana Brunei. Kagumnya aku bila dia banyak bercerita tentang pengalaman2 nya. merentasi sungai untuk pergi mengajar ibu tunggal di daerah2 yang terpencil di Sabah. Banyak sangat pengalamannya. Tak mampu ku gambarkan. Betapa hebatnya anak Malaysia kini.

tak berkedip mataku mendengar segala pengalaman pahit manis beliau dalam industri Hospitaliti. cara beliau bangun sendiri. mahu berada di pangkat yang paling bawah. bukan duit yang ingin dimiliki tapi pengalaman. sekarang, beliau memiliki 2 buah akademi masakan dan bakal membuka sebuah hotel di Australia. Bestnya :)



bila sudah habis program, ada sesi cabutan bertuah untuk semua AJK.
tak pernah bertuah pun aku ni. tak pelah puan. terima kasih jer.


No comments: