Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Monday, December 1

Hai Disember, Kita Jumpa Lagi...

Assalamualaikum semua.....
Nampaknya pengakhiran tahun mula terasa bila sudah menjejakkan kaki pada bulan Disember. Apakah misi tahunan dapat dilaksanakan sepenuhnya? Jangan bersedih. Masih berbaki 30hari sebelum semuanya berakhir.

Aku cuma nak mengucapkan syukur kerana masih diberikan nyawa untuk melepasi bulan Disember yang pasti menjadi penantianku saban tahun. Terlalu jauh nak jumpa sebab saya sudah 11bulan rindukanmu. Alhamdulillah. Kita berjumpa jua :)

Disember,
penuh dengan hari-hari yang indah bagi semua kawan-kawan yang nak menyambut hari lahir mahupun melangsungkan perkahwinan kerana musim cuti sekolah sudah kembali. Pastinya setiap minggu sepanjang bulan Disember menjadi tarikh kegembiraan untuk mereka. Aku juga tidak mahu terlepas untuk pergi makan nasi minyak mereka. Walaupun susah nak balik sejak belajar di UTHM ni, kadang2 terpaksa gagahkan diri juga untuk balik. Lebih2 lagi perkahwinan kawan2 rapat sejak kecil dan di bangku sekolah.

Seperti Khairul Anuar Azman yang buat majlis di semenyih. Nasib baik ada family yang faham dan nak bawa g kenduri. Kalau tak melopong lagi lah nak tengok kawan rapat bersanding. Seronok weyh. Tahniah KHAI & NAD. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia sehingga ke syurga hendak-Nya. Semoga dapat anak-anak yang soleh dan solehah. Tahniah sekali lagi.

Okey,
Tetiba melalut pasal kahwin. Emm. Aku? Jangan ditanyalah pasal kahwin buat sakit hati jer. Lambat lagi weyh. Relax jer nanti sampai lah jemputannya. Cuma tak tahu lah bila kan?

27 days and still counting...

No comments: