Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Sunday, September 9

practise make perfect :)

Assalamualaikum...
Minta maaf jika jarang update blog yang bersarang lagi bersuluh ni. Sejak menjadi pelajar politeknik ni. Jadual aku penuh dengan kelas, part time job. Fuhhh ! Sibuk sangat2. Aku perlukn masa untuk cari cerita2 yang seronok untuk dikongsi bersama dalam blog aku ni. 

PRACTISE MAKE PERFECT,

Kenapa begitu? Sebab ada cerita yang aku nak kongsi. Hehe :)






Ni semua hasil kerja air tangan aku sendiri. Mesti anda semua tak percaya bukan? Ya. Aku juga tak nafikan itu. Tapi aku cuba buat yang terbaik dalam menghasilkan kek kahwin yang terbaik hampir setiap bulan ada sahaja tempahan. Semua hasil titik peluh ni bukan aku belajar sendiri tapi daripada Kolej Komuniti Selayang.  Aku bekas pelajar Kolej Komuniti Selayang Ambilan Jun 2008 dalam bidang bakeri dan konfeksionari. 

Aku banyak belajar sejak berada di tempat praktikal Warung Kek Mona's, Greenwood, Gombak. Pekerja2 mereka banyak dalam membimbing aku menjadi cake decorator yang terbaik. Banyak sangat yang aku pelajari. Ilmu yang diberi tak mampu dibeli di mana2. Mereka banyak menerima tempahan kek hari lahir dan kek kahwin, dari situ aku banyak melihat sendiri hasil air tangan mereka dalam menghasilkan kek kahwin yang cantik2. Terima kasih sangat2 :)

Dalam menghadapi rintangan aku untuk sampai ke tahap ni, ramai yang menyokong aku. Selalu menjadi pemberi semangat dalam apa jua yang aku lakukan. Ada juga kawan2 yang membuat tempahan kek kahwin, terima kasih kawan :) Aku rasa bersyukur sangat2 sebab boleh sampai ke tahap ni. Terima kasih juga pada Meor Bakery yang bagi peluang aku buat semua kek2 kahwin yang ditempah sepanjang operasi bakeri itu. Macam2 yang kita lalui, suka duka bersama. Kritikan juga memberi semangat untuk terus berusaha dalam mengeluarkan idea2 yang bernas dalam setiap kek kahwin yang dibuat.

Banyak sangat yang aku lalui. Daripada tak reti, terus expert buat aising menutup kek. Dulu lama sangat. Asyik menambah2 buttercream. Sampai kadang2 give up nak cantikkan kek yang telah ditutupi dengan buttercream. Bukan senang mahupun mudah sebab perlukan kesabaran di dada dan minda. Haha :) Bila dah tiap2 minggu balik buat tempahan kek kahwin, aku mula laju dalam setiap kerja2 yang aku lakukan. Aku tahu aku masih baru dalam lakukan semua ni. Ada yang lebih expert dari aku, lebih berpengalaman dari aku. Bukan aku nak menunjuk2 pada dunia tentang kelebihan aku tapi nak berkongsi suka duka aku. Banyak yang aku tempohi. 

Buttercream to Creamcheese to Fondant to Ganache.. 
Semua jenis topping aku dah buat dalam menghasilkan kek kahwin.
Paling tinggi pernah buat 4tingkat , 97 Kuntum Bunga Buttercream dalam 72 jam

Aku rasa puas bila dapat hasilkan kek2 kahwin mengikut kemahuan pelanggan. Alhamdulillah :)
*Aku tahu tak semua orang mampu buat kek kahwin, boleh buat bunga buttercream sendiri...








Terima kasih Allah S.W.T. kerana Kau berikan aku kelebihan ini...

1 comment:

Bella Renna said...

Nice work...keep it up.. :)