Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Sunday, January 26

TEMUDUGA UTHM

Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog yang bersawang ni. Malas dan tak berkesempatan nak update sebenarnya sebab terlalu sibuk. Akhirnya dapat juga masa untuk update setelah selesai menjalani Minggu Haluan Siswa di UTHM ni.



Atas ni surat temuduga di UTHM untuk kursus pendidikan katering. Bila dapat pergi temuduga rasa seronok dan nervous sangat2. Rasa macam tak percaya pun ada. Pergi lah temuduga sendiri bersama kawan2 PSIS dulu. ber3 lah pergi menaiki bas terus ke Batu Pahat. Agak jauh juga kalau daripada Batu Pahat ke UTHM sebab hotel D'Impian Inn berdekatan Pekan Parit Raja, Batu Pahat. Bermalam lah di hotel dan membuat research sikit2 pasal pengalaman orang lain ketika menghadiri temuduga di IPTA yang lain.

Ada yang kena nyanyi, ada yang kena hafal nama menteri2. bila baca blog2 tu pun kita rasa macam dan down sikit sebab macam susah jer nak lepas temuduga ni. Sebab dari pengalaman2 orang lain juga kan sebab ada yang kawan2 mereka yang tidak lepas temuduga pendidikan.

Bila hari pergi temuduga tu, sorang jer kawan yang temuduga pagi. Saya dan kawan lagi sorang kena petang. Jalan2 lah kami ber2 melawat Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Besar dan banyak makmal sebenarnya. Berapa kali tah pusing2 tak jumpa cafe? Sedih betul.

Bermula lah temuduga sesi petang, saya masuk bersama 5 orang pelajar yang lain. Temuduga secara berkumpulan lah maknanya sebab ada IPTA lain yang berseorangan. Tips2 temuduga di UTHM;

  • Masuk dan beri Salam/Selamat Pagi/Petang.
  • Beri sijil2 original kepada panel dan tunggu sehingga diberi arahan untuk duduk.
  • Soalan pertama ; Describe yourself and why you want to be a teacher?
  • Soalan kedua (grouping) ; Kena pilih soalan. Jawab secara berkumpulan/individu (depends on panel temuduga juga. sebab panel temuduga kawan saya, panel bagi soalan dan kita bincang dalam group)

Soalan pertama tu memang famous kalau kita pergi temuduga untuk pendidikan. Maybe orang dah beranggapan kalau ambil pendidikan jer mesti jadi cikgu. Yekew? Emm. Tapi masa saya kena tu memang tegas dan tak bagi langsung cakap dalam bahasa melayu. Maybe sebab dia nak tengok kita bercakap dalam bahasa inggeris kan? Bila turn saya masa temuduga tu, banyak juga soalan yang panel tanya sebab dia kenal Ketua Jabatan Hospitali PSIS. Nasib baik ingat Encik Kamil :) 
Dan antara yang saya kagum, dapat jumpa orang yang design swimming pool JPH PSIS. Itu memang terbaik lah dan memang seronok sangat sebenarnya. Hehe :) Dan panel akan tanya pasal kebolehan kita sebenarnya. Siap tanya harga macaroon dan cara2 nak buat. Kelakar pula bila kenangkan balik.
Dan semua orang dalam bilik tu kagum sebab saya ade bisnes bakeri sendiri walaupun dirumah sebab saya satu2nya pelajar HOTKAT dalam bilik temuduga tu. Seronok lah tengok ragam orang. ada yang laju berbahasa melayu tetapi kurang fasih berbahasa inggeris. Biasalah kita semua manusia, tiada yang perfect pun. 
Last skali, bila dah habes temuduga. Sempat lagi ambil gambar beramai2 kt bawah bangunan FPTV :)
Seronok dapat jumpa kwn2 baru :)


No comments: