Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Saturday, September 10

Senior year be like...

Assalamualaikum dan Selamat Malam semuaaaaa...
Tetiba rasa nak menaip malam ni, rasa kerajinan itu kembali...


Inilah rupa pelajar last semester, aku lah tu yang serabut dengan segala benda nak kena hadap. Lagi banyak bebanan nak kena hadap dan tempuhi sebelum mengakhiri zaman universiti sebagai pelajar degree. Hahaha. Ini lawak dan itulah aku rasa sekarang. Baru masuk beberapa hari pun serabut dia lain macam dari semester sebelum ni sebab ko dah kena mula PSM2 dan Projek Akhir bersama rakan sekelas. Mula dah nak bincang segala-galanya. Tapi entah lah apa yang kau kena lalui pon kau tak tahu lagi sebab semuanya masih diawang-awangan lagi. 

Lagi-lagi kena buat produk untuk PSM2 kau yang kau rasa mood nak buat benda tu belom sampai tapi rasa macam nak hempuk kepala kat dinding sampai semuanya berjalan lancar. Hahaha. Perangai malas tu susah bebenor nak dibuang dan tak tahu lah macam mana nak buang. Bila nak berubah pon tak tahu lah. Huhuhu.

Tetapi aku cuma harap semuanya berjalan lancar untuk aku selesaikan semester akhir ni dan boleh berlatihan mengajar dengan tenang. Walaupun seram nak hadap pelajar di Kolej Vokasional yang pelbagai ragam dan sikap mahupun sifatnya mereka semua,maka itulah yang aku kena tempuhi juga untuk selesaikan pembelajaran ijazah sarjana muda di UTHM. Selesaikanlah semuanya dengan hati yang tabah dan bersemangat untuk mencurah ilmu kepada anak bangsa sehingga mereka juga mampu seperti kita hari ini bukannya kita yang dahulu. Insya-Allah. Amin :)<3 p="">




Lots of love,

BAKAL CIKGU ANAK AWAK :)

No comments: