Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)
Showing posts with label oh emosi. Show all posts
Showing posts with label oh emosi. Show all posts

Tuesday, December 20

Azam 2016


Assalamualaikum dan selamat pagi batu pahat...
Iyaaa saya masih di batu pahat. Minggu studyweek semester2 dulu mesti kat selayang dah time2 mcm ni tapi nak buat macam mana kan? Demi PSM2 dan SKETCHUP tercinta. Sis redha dengan ketentuan-Nya. Jika ini yang terbaik untukku.

Seperti biasa lah kalau cerita pasal azam baru untuk tahun baru nanti. Setiap tahun rasa nak ada impian yang sama sampai betul2 dapat achieve apa yang aku nak. Tapi itu lah masa nak mula lah macam2 dugaan datang dan pergi. Tapi nampaknya kali ini masih bertahan dan cuba untuk terus bertahan. Bila nak habis tahun lah baru rasa nak mulakan azam yang sekian lama berhabuk dalam diri ni. Nak buat macam mana kan? Belajar pon dalam bidang masakan takkan tak nak rasa dan makan apa yang kita buat. Mungkin bila dah habis semua kelas bila belajar degree ni. Baru lah rasa boleh mulakan azam ni.

Tipulah duit tak berhabis beratus-ratus nak kuruskan badan. Macam2 dah try lah. Sikit2 lama2 jadi malas bila takde perubahan. Emm. Stress lah beli macam2 tapi macam tu jugak. Effort tu ada tapi nak loss weight tu susah sangat. I dont know why. Bila aku cuba alternatif lain, sekejap jer lah effort tu datang. Lepas tu malas dan tinggalkan macam tu jer. Then, makan balik benda2 yang menggemukkan. Penat juga bila timbang jer tak turun. Terus stress sehari. Tapi makan tetap juga. Ape nak jadi pon tak tahu lah. Kesedaran itu hilang bila penat berusaha tapi masih takda perubahannya. Sabar jer lahhhh.

Sekarang pula, cuba untuk tidak makan nasi sejak dari 1/12/2016. Tunggu jer lah boleh loss weight ke tak sampai tahan yang aku mahu. I dont care anymore. Apa pon nak jadi, jadilah labu. Sis dah tak larat lah nak bawa lemak2 di badan ni. Malu tgok badan sendiri. Dulu boleh sabar lagi but now not anymore. Semoga usaha berterusan sehingga capai target sebelum kahwin. Kbai. Adiosss :)



Saturday, September 10

Senior year be like...

Assalamualaikum dan Selamat Malam semuaaaaa...
Tetiba rasa nak menaip malam ni, rasa kerajinan itu kembali...


Inilah rupa pelajar last semester, aku lah tu yang serabut dengan segala benda nak kena hadap. Lagi banyak bebanan nak kena hadap dan tempuhi sebelum mengakhiri zaman universiti sebagai pelajar degree. Hahaha. Ini lawak dan itulah aku rasa sekarang. Baru masuk beberapa hari pun serabut dia lain macam dari semester sebelum ni sebab ko dah kena mula PSM2 dan Projek Akhir bersama rakan sekelas. Mula dah nak bincang segala-galanya. Tapi entah lah apa yang kau kena lalui pon kau tak tahu lagi sebab semuanya masih diawang-awangan lagi. 

Lagi-lagi kena buat produk untuk PSM2 kau yang kau rasa mood nak buat benda tu belom sampai tapi rasa macam nak hempuk kepala kat dinding sampai semuanya berjalan lancar. Hahaha. Perangai malas tu susah bebenor nak dibuang dan tak tahu lah macam mana nak buang. Bila nak berubah pon tak tahu lah. Huhuhu.

Tetapi aku cuma harap semuanya berjalan lancar untuk aku selesaikan semester akhir ni dan boleh berlatihan mengajar dengan tenang. Walaupun seram nak hadap pelajar di Kolej Vokasional yang pelbagai ragam dan sikap mahupun sifatnya mereka semua,maka itulah yang aku kena tempuhi juga untuk selesaikan pembelajaran ijazah sarjana muda di UTHM. Selesaikanlah semuanya dengan hati yang tabah dan bersemangat untuk mencurah ilmu kepada anak bangsa sehingga mereka juga mampu seperti kita hari ini bukannya kita yang dahulu. Insya-Allah. Amin :)<3 p="">




Lots of love,

BAKAL CIKGU ANAK AWAK :)

Thursday, March 12

Keluarga, Kekasih mahupun Kawan?

Assalamualaikum dan Selamat Petang semuaaaaa...
Alhamdulillah 1st post for 2015. Masih bernyawa sehingga hari ini. Esok hari belum tentu.

Kadang2 banyak sangat benda aku perlu fikir sebelum nak buat sesuatu keputusan yang muktamad. Terutama sekali bila kawan2 ajak keluar mahupun bercuti. Cukup2 lah bercuti hari tu. Takkan nak pergi lagi kot. Kalau nak pergi pun, aku nak kumpul duit sendiri jer. Dan penatlah nak minta duit kat parent. Yes, memang dorang lah sumber duit aku sepanjang sambung belajar ni tapi aku rasa tak perlu kot nak asyik minta duit sebab nak bercuti dengan kawan2.

Memang aku dah tak kerja macam belajar kat psis. Susah weyh bila dulu duit selalu ada dalam tangan. Cakap jer nak beli apa, semua dapat. Sekarang ni, semuanya kena minta duit parent. YES, MY PARENT YANG SUPPORT DUIT UNTUK SAMBUNG DEGREE. Bukan untung sangat pon tapi alhamdulillah aku tak perlu nak hadap hutang lepas habis belajar nanti. Hutang masa belajar sijil kt KK pon tak berbayar lagi. Itu pun parents kata nak bayar kan.

Aku bukan suka pun nak minta duit selalu, kadang2 sampai kena ikat perut makan maggi or roti jer sebab makan sekali jer sehari. Kalau lah duit boleh jatuh dari langit? Emm. Berangan jer lah kau. Then, masa mula2 masuk hari tu, banyak sangat guna duit habes nak dekat RM2,000.00 juga lah sebab nak beli itu ini, bayar itu ini. Dan aku nak ambil lesen kereta hujung bulan 3 ni. Cukup2 lah apa yang aku minta semua dapat weyh. Takpe lah. Semester lepas dah pergi pun melaka. Cukup2 lah tu yer bercuti sakan sangat pun tak boleh jugak.

Aku bukan anak orang kaya raya jutawan kilang gula bagai. Parent aku 2-2 bekerja dengan orang. Itu pun nasib baik ayah aku kerja kerajaan dan sekarang dah pencen. Banyak juga duit pencen dia. Aku duk mengharap duit parent jer sepanjang hidup belajar kat UTHM ni. Itu pun dah habis jimat dah. Cepat2 lah cuti semester, aku kena buat kerja lebih lah jual pape sebab nak kumpul duit beli hp sendiri. Rosak pulak mase mula2 nak masuk semester baru. Menyusahkan orang betul. Apalah nasib aku semester ni? Tapi itu lah. Harap2 dapat keputusan terbaik nanti, Insyaallah. Boleh minta handphone murah sebiji. 

Semester baru, macam biasa pergi kelas macam zombie. Blur sentiasa. Otak masih loading untuk terima semua subjek baru semester ni. Aku tak tahu lah kenapa? Every semester macam itu, bila dah nak final baru otak okey sikit. Macam kena pukau pun ada. Pergi kelas, tengok muka pensyarah. Then, balik dan buat assignment, siapkan kerja hantar. Itu jer lah rutin setiap semester aku. Otak ni macam tak boleh berfungsi untuk sebulan yang pertama masuk semester baru. Masih cuba untuk menerimanya lagi. Pening kepala kot. Semuanya assignment. Berlambak penuh dah assignmentnya. Berduyun2 untuk dikerjakan nanti. Sabar jer lah~

Lama tak update. Rindu orang jauh. Kbai :)

Monday, December 1

Hai Disember, Kita Jumpa Lagi...

Assalamualaikum semua.....
Nampaknya pengakhiran tahun mula terasa bila sudah menjejakkan kaki pada bulan Disember. Apakah misi tahunan dapat dilaksanakan sepenuhnya? Jangan bersedih. Masih berbaki 30hari sebelum semuanya berakhir.

Aku cuma nak mengucapkan syukur kerana masih diberikan nyawa untuk melepasi bulan Disember yang pasti menjadi penantianku saban tahun. Terlalu jauh nak jumpa sebab saya sudah 11bulan rindukanmu. Alhamdulillah. Kita berjumpa jua :)

Disember,
penuh dengan hari-hari yang indah bagi semua kawan-kawan yang nak menyambut hari lahir mahupun melangsungkan perkahwinan kerana musim cuti sekolah sudah kembali. Pastinya setiap minggu sepanjang bulan Disember menjadi tarikh kegembiraan untuk mereka. Aku juga tidak mahu terlepas untuk pergi makan nasi minyak mereka. Walaupun susah nak balik sejak belajar di UTHM ni, kadang2 terpaksa gagahkan diri juga untuk balik. Lebih2 lagi perkahwinan kawan2 rapat sejak kecil dan di bangku sekolah.

Seperti Khairul Anuar Azman yang buat majlis di semenyih. Nasib baik ada family yang faham dan nak bawa g kenduri. Kalau tak melopong lagi lah nak tengok kawan rapat bersanding. Seronok weyh. Tahniah KHAI & NAD. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia sehingga ke syurga hendak-Nya. Semoga dapat anak-anak yang soleh dan solehah. Tahniah sekali lagi.

Okey,
Tetiba melalut pasal kahwin. Emm. Aku? Jangan ditanyalah pasal kahwin buat sakit hati jer. Lambat lagi weyh. Relax jer nanti sampai lah jemputannya. Cuma tak tahu lah bila kan?

27 days and still counting...

Friday, September 12

Tahun 2 Semester 1

Assalamualaikum semua...
Mesti semuanya sibuk dengan persiapan tahun depan. Aku juga yang baru nak update pasal pertengahan semester. Masih ditakuk yang lama. Malas update blog.

Banyak sangat benda yang terjadi sepanjang hidup di UTHM. Terlalu banyak manis dan pahit. Walaupun hampir setahun aku di UTHM tapi aku masih mencari siapa diri aku di UTHM. Belum cukup sempurna untuk menjadi seorang pendidik. Terlalu cepat masa berlalu. Banyak yang aku dah tempuhi tapi diri dan hati masih yang dulu.

Entah kenapa hati ini terlalu berat nak hadap semua ni.
Entah kenapa hati ini selalu berasa hiba bila berseorangan.
Entah kenapa hati ini mudah tersentuh dengan semua perkara.

Kalau aku tak cukup kuat mungkin sudah tersungkur dan meninggalkan semuanya. Tetapi ramai yang sentiasa menyokong dari belakang walaupun diri ini memang sentiasa tidak cukup kuat untuk hadap. Sabar lah hati masih ada saki baki 3 tahun unutk kau hadap. Sedikit sahaja lagi. Bersabarlah :')

Wednesday, November 20

Alhamdulillah. Akhirnya :)


walaupun keputusan peperiksaan semester akhir ni, aku tak mampu kekalkan AKJ tapi masih bersyukur kerana masih melepasi HPNM untuk memiliki pingat itu. Good Job, NUR ANNISA BT ABDULLAH. Bersyukurlah apa yang dimiliki sekarang dan kau susah nak dapat semua ini. Insyaallah, kita semua DHK6F jumpa di Konvokesyen ke-9 PSIS yer. Rindu kawan2 semua :)

walaupun sedih tapi aku perlu akur yang aku sudah pun memberikan yang terbaik untuk peperiksaan yang lalu. aku dapat rasakannya sejak mula lagi. yang penting takde C okey untuk semester akhir ni. Bersyukur sangat2. Cukup2 makan semuanya. 

akhir kata, saya NUR ANNISA BT ABDULLAH telah pun menamatkan pembelajaran di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM, SELANGOR. Alhamdulillah. Yeahhhh :)

Wednesday, November 13

Result is coming


Insyaallah semuanya lulus dengan jayanya. Kita dah buat yang terbaik masa peperiksaan hari tu kan? So, doakan keputusan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang yer :)

GOOD LUCK TO ALL PSIS CANDIDATES
for sesi JUNE 2013 :)

Wednesday, June 5

Syukran :)

Assalamualaikum semua~
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.
tapi tetap redha tengok result muet aku. sah2 aku kena ambil lagi sekali untuk dapatkan band 3.
sabar yer annisa. In Shaa Allah, kau boleh buat untuk next MUET. hehe :)



Alhamdulillah dan terkejut sampai sakit jantung tengok result semester 5 ni.
Terima Kasih, Ya Allah :)
Terima Kasih, Mama
Terima Kasih, Pensyarah2 yang tak putus2 mencurahkan ilmu
Terima Kasih, kawan2 rapat yang selalu tolong aku untuk capai kejayaan ni





In Shaa Allah, aku akan buat yang terbaik untuk semester akhir nanti. I CAN'T WAIT :)

Saturday, June 1

Ceremony

Assalamualaikum semua~

Aku rasa tahun ni penuh dengan majlis perkahwinan dan pertunangan.
Juga kepada yg sudah pun menjadi ibu :)

Minta maaf yer kalau ada yg aku tak dapat hadir. Diri ini dicipta-Nya hanya satu.
Tak cukup tangan bila beramai2 kenduri dalam 1hari.
Mintak maaf sangat2. hehe :)

btw, TAHNIAH semua kawan yang aku sayangi.
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dalam hidup anda semua sebab aku sayang korang semua.


Zura && Zulhaimi (Perkahwinan)


 Afneda && Adi (Perkahwinan)

 Rafiqqa && Firdaus (Perkahwinan)


Shikin Shaharum (Perkahwinan)


Yaya && Ammar (Pertunangan)

Anies && Asyraff (Pertunangan)

Izzatul Ain && Azzam (Pertunangan)

Marzita && Hadi (Pertunangan)

Puteri Nana && Ariff (Pertunangan)

NorLiyana @ Nana pun dah dapat baby :)

Anita dapat baby :)



Congrats to Wan Diana, dapat baby boy juga :)


Friday, March 8

Event Management

Event Management ?
salah satu subjek yang perlu aku ambil untuk semester 5 ini. nampak macam susah. hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu. pelbagai perasaan akan timbul. sakit hati, gembira, makan hati, cemburu dan lain2. kenapa perlu ada semua ni? lumrah manusia yang memiliki perasaan yang dia sendiri tak mampu untuk kawal. so, aku juga perasaan sebegitu. nobody perfect man.


7 Mac 2013
tarikh keramat bagi kelas DHK 5F & 5E dalam menjayakan Program CAREER TALK bersama Chef Sazali bin Ismail. Top 5 Chef in Malaysia. Top 10 Chef in World. betapa hebatnya beliau. aku sangat mengaguminya. banyak pengalaman dan cabaran hidup yang dikongsi sepanjang program ini berlangsung. walaupun dia tak terkenal seperti Chef Wan, Chef Mail, Chef Joe, dan lain2.

banyak Record Malaysia yang berjaya dilakukan bersama2 pelajar yang pernah diajarinya. Beliau juga pernah membuat kek 58 tingkat untuk majlis perkahwinan di Istana Brunei. Kagumnya aku bila dia banyak bercerita tentang pengalaman2 nya. merentasi sungai untuk pergi mengajar ibu tunggal di daerah2 yang terpencil di Sabah. Banyak sangat pengalamannya. Tak mampu ku gambarkan. Betapa hebatnya anak Malaysia kini.

tak berkedip mataku mendengar segala pengalaman pahit manis beliau dalam industri Hospitaliti. cara beliau bangun sendiri. mahu berada di pangkat yang paling bawah. bukan duit yang ingin dimiliki tapi pengalaman. sekarang, beliau memiliki 2 buah akademi masakan dan bakal membuka sebuah hotel di Australia. Bestnya :)



bila sudah habis program, ada sesi cabutan bertuah untuk semua AJK.
tak pernah bertuah pun aku ni. tak pelah puan. terima kasih jer.


Monday, February 4

MUET oh MUET, it's comes nearly :'(

MUET?
Malaysian University English Test 

*MUET wajib di ambil jika anda mahu menyambung degree di IPTA terutama sekali di UITM, UPSI, UPM, USM, UKM dan banyak lagi IPTA2 yang mahukan pelajar degree melepasi tahap MUET yang telah pun ditetapkan mengikut jurusan yang dipelajari untuk ijazah :)

Apa target aku?
Semestinya band 4-3 :)

Bila sesi peperiksaan MUET yang diambil?
Sesi Mac 2013

Adakah aku gemuruh untuk hadapi MUET?
Itu sudah semestinya bagi setiap peperiksaan yang aku hadapi tapi MUET lebih menakutkan aku sebab ia melibatkan bahasa inggeris yang aku sendiri tak tahu tahap kefasihan bahasa inggeris aku. haha :) tapi bila dapat tengok jadual peperiksaan aku, lega jugak sebab hari khamis tapi 730pagi. bukan main awal lagi. bagus juga, Insyaallah otak fresh dan banyak idea2 yang akan aku keluarkan masa peperiksaan SPEAKING. hehe :)





walau apa pun yang terjadi, aku akan buat yang terbaik
demi keluarga, orang yang tercinta dan diri sendiri.
Insyaallah,
Aminnnnnnnn :))))





wish me luck for examination MUET Mac 2013 ♥ ♥ ♥

Friday, December 28

Wishes from him :')

Belove,
today is the day when you're born. The day that i thanks to Allah because you were born with those sweet smile, lovely face and kindness heart. And i'm so happy today because you're MINE, and i will LOVE you with all my heart. Maybe i'm not so perfect because sometimes i make you cry, but all i can give is my trust and my love for you. I'm yours. HAPPY BIRTHDAY my dear, wish you all the best in this world.






thank you  so much, heartbeat 

Thursday, August 9

5 rules of happiness :)

 1. Don’t hate



2. Don’t worry



3. Give more




4. Expect less




5. Live simply








last but not least, 
always remember your GOD ( Allah S.W.T. )

Friday, July 13

azam VS impian


AZAM 2012 ;
mahu bertudung / berhijab untuk selama-lamanya :)))

azam 2012 sudah tercapai dan aku suka dengan perubahan sekarang.
mungkin aku masih baru dalam berhijab. 
hope, orang sekeliling mahu menegur salah silap yang dilakukan.
bukan kerana paksaan atau kerana tomahan.
tapi ianya tulus ikhlas dari hati sanubari ini.
setiap manusia di muka bumi ini mahukan perubahan dalam hidupnya.
termasuk lah aku :))

---------------------------------------------------------

IMPIAN HIDUP ; 
memiliki diploma dan sambung ijazah seperti yg mama aku harapkan :))
DIPLOMA IN HOTEL AND CATERING MANAGEMENT
SARJANA MUDA SENI KULINARI, soon :)

impian ialah sesuatu yang kita susah untuk miliki jika tiada usaha yang gigih.
sekarang aku sudah cukup berimpikan degree in culinary arts UITM.
hopefully ianya berjaya. doakan saya.
DIPLOMA in progress soon :))
tak sabar nak habis diploma untuk sambung degree pulak
dan jadi pensyarah yang mampu mendidik anak2 muda menjadi seperti aku.
walaupun dari kelulusan SIJIL, aku mampu buktikan
yang aku juga mampu memiliki DEGREE macam kawan2 yang lain :))

Friday, May 18

result oh result

*menangis tetapi masih mampu tersenyum. menangis kegembiraan :))


antara hari2 yang membuat hati aku tak senang ialah menanti keputusan semester DIS 2011. tersangatlah menakutkan aku. aku sendiri tak mampu menjangka keputusan yang akan keluar. menjadikan aku lebih stress bila mengenangkan ada 2-3paper yang aku tak buat betul2 masa exam hari tu. aku tak tahu lah apa yang dah jadi dengan aku. walaupun aku dapat PB okey semester ni tapi masih takut dengan keputusan yang keluar.


nak jadikan ceritanya, aku balik dari kerja Pesta Konvo ke7 kat PSIS. petang sebelum balik, alia ada msg. dia kata result dah boleh tengok. mak aii. seram pula aku. lagi menakutkan bila dak2 rumah sibuk nak tengok result. aku pun lagi stress bila tak dapat tengok. on9 lah fb. kat Sudut Mahasiswa PSIS, bro NOH anta post macam mana nak tengok result EXPRESS WAY. hehe :)) thanks bro.


bila dah dapat tengok. mak aii. terkejut sangat2. alhamdulillah sebab dapat pointer agak tinggi dan aku tak jangka. sebab aku rasa sangat lah tak sangka dapat pointer tinggi macam tu sekali. bersyukur sangat2. terima kasih kepada yang menyokong aku selama ni dan juga kepada MAMA & ABAH sebab selalu doakan yang terbaik untuk anak dia. hehe :))


walaupun aku masih busy menerima tempahan semasa waktu peperiksaan. aku mampu menunjukkan bahawa pelajar yang sibuk dengan kerja part time juga mampu berjaya dalam hidupnya dan mampu menerima keputusan yang baik dalam peperiksaannya. aku juga sibuk dengan Kelab Audio Visual dan Multimedia. masih turun event2 walaupun sibuk dengan kelas yang tetap berjalan seperti biasa :))


terima kasih kawan2. walaupun banyak dugaan yang lalui semester DIS 2011. memang aku tak lupakan. memang menyakitkan hati aku selama aku hidup dalam dunia ni. semester ni juga, mengukir senyuman aku kembali bila dapat ANUGERAH KETUA JABATAN yang aku inginkan selama ini. hari2 tersenyum sendiri bila mengenangkan keputusan yang aku dapat.


terima kasih pensyarah2 PSIS. yang banyak menolong dan memberi tunjuk ajar selama ini. mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepenuhnya sepanjang semester DIS 2011. hehe :))

Ustaz Tobroni, Ustaz Abdul Halim, Encik Rasyidi, Puan Junaidah, Puan Illyana, Encik Fahmi, Encik Muz,

especially Encik Iszuwan :))


terima kasih kerana selalu mendoakan kejayaan saya :)) ♥

Tuesday, April 17

Friends

i dont need friend who dont believe his friends
i dont need friend who judge without ask anything


Monday, March 19

Exam ohh Exam

jadual exam untuk semester 2. ahhh. semakin dekat dengan tarikhnya makin aku malas nak study. kenapa dengan diri aku ni? ish3. tekanan lah. tak ada study week macam mana nak study gila? waduh. habis lah aku sem ni. nasib baik skip2 hari untuk paper sem ni. boleh study slow and steady. hehee :) doakan aku berjaya untuk sampai target pointer sem ini yer kawan2.


TARIKHKOD KURSUSKURSUSMASA
23/04/2012HH207MATH FOR FOOD SERVICE OPERATION8.30 AM - 10.30 AM
26/04/2012HH204HOUSEKEEPING MANAGEMENT11.15 AM - 1.15 PM
30/04/2012HH203FRONT OFFICE PRACTISE8.30 AM - 10.30 AM
03/05/2012HH206THEORY OF FOOD8.30 AM - 10.30 AM


pointer target = 3.50 ( anugerah ketua jabatan )






insyaallah :)

Thursday, January 26

bye bye asrama :'(

mungkin bukan rezeki aku untuk duduk di asrama untuk Sesi Disember 2011 ( semester 2 ). takpe lah. mungkin ada ramai lagi yang nak duduk asrama. lagipun sem ni, sem pendek. sampai hujung bulan april jer. aku agak tekanan gak lah sebab dah bersusah payah untuk dapatkan asrama. last2, aku putus asa juga.

aku penat lah dengan semua2 ni. cukup lah dugaannya. aku tak mampu harunginya lagi. mungkin ada hikmah nya aku duk rumah sewa ni. aku memang nak duk rumah sewa tapi dah dapat asrama, rasa macam nak duk asrama pulak. lagipun aku kan aktif KELAB AVA. so, aku perempuan better duk asrama. nak event semua. balik malam2 buta semua. aku risau gak.

tapi nak buat macam mana kan? bukan rezeki aku nak duk asrama sem 2 ni. aku lebih rela duduk rumah sewa dari nak berulang alik dari rumah sewa ke asrama lagi. sebab asrama tak settle2 lagi. penat lah. cukup2 lah tu. aku tak kuat lagi untuk harungi semua ini.

terima kasih sebab bagi aku REFUND duit asrama RM60 tu,
walaupun RM60 tapi boleh bayar duit rumah sewa aku taw ! ! !

Thursday, January 19

Keputusan Permohonan Rayuan Asrama Kali Ke-2

bayaran :

rm60 - yuran asrama
rm10 - yuran aktiviti asrama
rm80 - wifi ( wajib di bayar pada pelajar semester 2 )

agak tekanan gak aku untuk menguruskan bayaran asrama untuk Sesi Disember 2011. lembap gila nak mampus. pengurusan pejabat asrama okey, cuma pensyaraha yang menguruskan bayaran wifi jer lambat buat kerja. aku nak buat bayaran, dia hilang pula. tekanan jer aku. kalau tak lepas raya cina dah boleh duduk terus. ni kunci pun tak dapat lagi. sebab kena wajib bayar wifi. tak faham aku. penat gila. macam marathon aku ari khamis ari ni. seb bek fatin ade, balik dengan dia lah. macam yang terjadi kat aku dalam 1hari. sampai aku menangis sebab tak tahan ohh.

pagi2 dah g opis asrama, pas2 dia kata buat bayaran kt opis pentadbiran. pas2 lepas kelas, terus aku pecut g jabatan, bayar duit buku. pas2 baru gerak g opis asrama. pas2 kena tulis surat guna tangan pulak. adoyai. dah penat berjalan, kena menulis pulak. pas2 jap g, tak boleh buat pembayaran lagi. sebab duit wifi kena bayar kt pensyarah JP yang uruskan bayaran wifi. gila macam F ohh. aku dah penat gila. dari pagi tak settle2 gak. dengan aku tak sempat makannya. memang terbaik lah kan?

bila g opis JP, kt tingkat 3 ni. turun balik kt makmal, bawah sekali. wow ! kesabaran aku masih ada masa itu. sampai sahaja makmal. pensyarah tu takde pulak. Oh My Gucci. ni dah tak boleh tahan dah. terus aku call my mum, cakap tak boleh settle minggu ni. my mum dah tanya warden lain, lepas raya cina boleh settle lagi. dia bagi excuse. pas2 terus aku balik, bila jumpa pensyarah JP yang lain, aku minta no fon pensyarah yg uruskan wifi tu. pas2 aku pun tunggu depan pagar. tunggu fatin untuk balik selayang. penat sangat hari ni. rasa macam marathon 10KM. rasa macam mandi peluh sangat2.

macam2 dugaan yang aku hadapi hari ni. harap lepas cuti raya cina ni, dapat settle asrama. dapat kunci bilik. weeee~~~~~~