Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Tuesday, December 20

Azam 2016


Assalamualaikum dan selamat pagi batu pahat...
Iyaaa saya masih di batu pahat. Minggu studyweek semester2 dulu mesti kat selayang dah time2 mcm ni tapi nak buat macam mana kan? Demi PSM2 dan SKETCHUP tercinta. Sis redha dengan ketentuan-Nya. Jika ini yang terbaik untukku.

Seperti biasa lah kalau cerita pasal azam baru untuk tahun baru nanti. Setiap tahun rasa nak ada impian yang sama sampai betul2 dapat achieve apa yang aku nak. Tapi itu lah masa nak mula lah macam2 dugaan datang dan pergi. Tapi nampaknya kali ini masih bertahan dan cuba untuk terus bertahan. Bila nak habis tahun lah baru rasa nak mulakan azam yang sekian lama berhabuk dalam diri ni. Nak buat macam mana kan? Belajar pon dalam bidang masakan takkan tak nak rasa dan makan apa yang kita buat. Mungkin bila dah habis semua kelas bila belajar degree ni. Baru lah rasa boleh mulakan azam ni.

Tipulah duit tak berhabis beratus-ratus nak kuruskan badan. Macam2 dah try lah. Sikit2 lama2 jadi malas bila takde perubahan. Emm. Stress lah beli macam2 tapi macam tu jugak. Effort tu ada tapi nak loss weight tu susah sangat. I dont know why. Bila aku cuba alternatif lain, sekejap jer lah effort tu datang. Lepas tu malas dan tinggalkan macam tu jer. Then, makan balik benda2 yang menggemukkan. Penat juga bila timbang jer tak turun. Terus stress sehari. Tapi makan tetap juga. Ape nak jadi pon tak tahu lah. Kesedaran itu hilang bila penat berusaha tapi masih takda perubahannya. Sabar jer lahhhh.

Sekarang pula, cuba untuk tidak makan nasi sejak dari 1/12/2016. Tunggu jer lah boleh loss weight ke tak sampai tahan yang aku mahu. I dont care anymore. Apa pon nak jadi, jadilah labu. Sis dah tak larat lah nak bawa lemak2 di badan ni. Malu tgok badan sendiri. Dulu boleh sabar lagi but now not anymore. Semoga usaha berterusan sehingga capai target sebelum kahwin. Kbai. Adiosss :)



Saturday, September 10

Senior year be like...

Assalamualaikum dan Selamat Malam semuaaaaa...
Tetiba rasa nak menaip malam ni, rasa kerajinan itu kembali...


Inilah rupa pelajar last semester, aku lah tu yang serabut dengan segala benda nak kena hadap. Lagi banyak bebanan nak kena hadap dan tempuhi sebelum mengakhiri zaman universiti sebagai pelajar degree. Hahaha. Ini lawak dan itulah aku rasa sekarang. Baru masuk beberapa hari pun serabut dia lain macam dari semester sebelum ni sebab ko dah kena mula PSM2 dan Projek Akhir bersama rakan sekelas. Mula dah nak bincang segala-galanya. Tapi entah lah apa yang kau kena lalui pon kau tak tahu lagi sebab semuanya masih diawang-awangan lagi. 

Lagi-lagi kena buat produk untuk PSM2 kau yang kau rasa mood nak buat benda tu belom sampai tapi rasa macam nak hempuk kepala kat dinding sampai semuanya berjalan lancar. Hahaha. Perangai malas tu susah bebenor nak dibuang dan tak tahu lah macam mana nak buang. Bila nak berubah pon tak tahu lah. Huhuhu.

Tetapi aku cuma harap semuanya berjalan lancar untuk aku selesaikan semester akhir ni dan boleh berlatihan mengajar dengan tenang. Walaupun seram nak hadap pelajar di Kolej Vokasional yang pelbagai ragam dan sikap mahupun sifatnya mereka semua,maka itulah yang aku kena tempuhi juga untuk selesaikan pembelajaran ijazah sarjana muda di UTHM. Selesaikanlah semuanya dengan hati yang tabah dan bersemangat untuk mencurah ilmu kepada anak bangsa sehingga mereka juga mampu seperti kita hari ini bukannya kita yang dahulu. Insya-Allah. Amin :)<3 p="">




Lots of love,

BAKAL CIKGU ANAK AWAK :)

Tuesday, July 19

Next step closer with him

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaa...
1st blog untuk tahun 2016 dan tetiba rasa nak menulis.

Kadang-kadang kita rasa kita hebat dalam satu ketika kita mula jatuh dan cuba untuk bangun semula. Bila ramai orang sekeliling membantu pasti kita boleh bangkit untuk harungi hidup yang lebih baik lagi tanpa memikirkan masalah yang kita hadapi.

Biarlah apa orang mahu kata kerana ia tak mampu memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Dan aku mulakan hidup kembali dengan lebih semangat untuk hadap semua masalah yang aku perlu tempuhi sepanjang hidup masih bernyawa dimuka bumiMu ini.

Yang pasti 2nd last semester di UTHM, cukup membuat aku menjadi kuat seperti hari ini dan akan datang sebab aku rasa aku hidup kerana Allah s.w.t dan bukan kerana mereka yang mengutuk dan mengeji aku dari belakang mahupun hadapan muka aku sendiri. Ya, kau yang suka mengutuk kekurangan aku yang Tuhan beri yang hakikatnya berpaling ke muka sendiri yang juga banyak kekurangan tanpa diri kau sedari.

Permulaan penulisan tahun 2016, hanyalah untuk mengatakan aku akan melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik menjadi seseorang yang baru dalam perhubungan yang sekian lama terjalin untuk mengukuhkan lagi pertalian yang sekian lama terjalin. Haihhh. Debarannya cuma aku yang tahu kerana bila kau mula rasa diri kau masih belum cukup sempurna untuk menjadi insan yang baik di sisiNya tetapi kau perlu meneruskan langkah kehidupan yang baru. Tetapi untuk permulaan tahun ini pon sudah cukup buat aku tersenyum walaupun perlu harungi detik-detik kekusutan otak ketika semester 2 2015/2016 di UTHM. Serius ohh. Hidup aku memang serabut gila dengan pengurusan koko yang perlu kau bagi komitmen 100% untuk setiap program yang dijalankan. 

Walaubagaimanapun, semuanya telah selesai dengan sempurna dan walaupun ada sedikit kekurangan di sana dan sini. Aku masih cuba untuk mencapai target yang sepatutnya tapi bila memandangkan Keputusan Senarai Tampal yang menyedihkan, aku tak mampu berkata apa dan cuba berharap untuk semester yang terakhir di UTHM mampu mengubah keputusan keseluruhan aku untuk membuktikan kepada semua yang aku boleh mendapat Anugerah yang ingin dikecapi. Insya-Allah.

Dan setelah selesai semuanya, akhirnya aku akan meneruskan langkah untuk kehidupan yang baru menjadi tunangan kepada Mohamad Syahir bin Ahmad Zaini. Cuma berdoa untuk semua perjalanan yang akan dijalankan teratur dan sempurna di mataNya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.

Like you say,
Saya tak janji akan jaga awak sampai akhir nyawa awak,
Tetapi saya janji akan jaga awak sampai akhir nyawa saya.

Please make your word comes true soon. Love you.<3 p="">

Thursday, March 12

Keluarga, Kekasih mahupun Kawan?

Assalamualaikum dan Selamat Petang semuaaaaa...
Alhamdulillah 1st post for 2015. Masih bernyawa sehingga hari ini. Esok hari belum tentu.

Kadang2 banyak sangat benda aku perlu fikir sebelum nak buat sesuatu keputusan yang muktamad. Terutama sekali bila kawan2 ajak keluar mahupun bercuti. Cukup2 lah bercuti hari tu. Takkan nak pergi lagi kot. Kalau nak pergi pun, aku nak kumpul duit sendiri jer. Dan penatlah nak minta duit kat parent. Yes, memang dorang lah sumber duit aku sepanjang sambung belajar ni tapi aku rasa tak perlu kot nak asyik minta duit sebab nak bercuti dengan kawan2.

Memang aku dah tak kerja macam belajar kat psis. Susah weyh bila dulu duit selalu ada dalam tangan. Cakap jer nak beli apa, semua dapat. Sekarang ni, semuanya kena minta duit parent. YES, MY PARENT YANG SUPPORT DUIT UNTUK SAMBUNG DEGREE. Bukan untung sangat pon tapi alhamdulillah aku tak perlu nak hadap hutang lepas habis belajar nanti. Hutang masa belajar sijil kt KK pon tak berbayar lagi. Itu pun parents kata nak bayar kan.

Aku bukan suka pun nak minta duit selalu, kadang2 sampai kena ikat perut makan maggi or roti jer sebab makan sekali jer sehari. Kalau lah duit boleh jatuh dari langit? Emm. Berangan jer lah kau. Then, masa mula2 masuk hari tu, banyak sangat guna duit habes nak dekat RM2,000.00 juga lah sebab nak beli itu ini, bayar itu ini. Dan aku nak ambil lesen kereta hujung bulan 3 ni. Cukup2 lah apa yang aku minta semua dapat weyh. Takpe lah. Semester lepas dah pergi pun melaka. Cukup2 lah tu yer bercuti sakan sangat pun tak boleh jugak.

Aku bukan anak orang kaya raya jutawan kilang gula bagai. Parent aku 2-2 bekerja dengan orang. Itu pun nasib baik ayah aku kerja kerajaan dan sekarang dah pencen. Banyak juga duit pencen dia. Aku duk mengharap duit parent jer sepanjang hidup belajar kat UTHM ni. Itu pun dah habis jimat dah. Cepat2 lah cuti semester, aku kena buat kerja lebih lah jual pape sebab nak kumpul duit beli hp sendiri. Rosak pulak mase mula2 nak masuk semester baru. Menyusahkan orang betul. Apalah nasib aku semester ni? Tapi itu lah. Harap2 dapat keputusan terbaik nanti, Insyaallah. Boleh minta handphone murah sebiji. 

Semester baru, macam biasa pergi kelas macam zombie. Blur sentiasa. Otak masih loading untuk terima semua subjek baru semester ni. Aku tak tahu lah kenapa? Every semester macam itu, bila dah nak final baru otak okey sikit. Macam kena pukau pun ada. Pergi kelas, tengok muka pensyarah. Then, balik dan buat assignment, siapkan kerja hantar. Itu jer lah rutin setiap semester aku. Otak ni macam tak boleh berfungsi untuk sebulan yang pertama masuk semester baru. Masih cuba untuk menerimanya lagi. Pening kepala kot. Semuanya assignment. Berlambak penuh dah assignmentnya. Berduyun2 untuk dikerjakan nanti. Sabar jer lah~

Lama tak update. Rindu orang jauh. Kbai :)

Monday, December 1

Hai Disember, Kita Jumpa Lagi...

Assalamualaikum semua.....
Nampaknya pengakhiran tahun mula terasa bila sudah menjejakkan kaki pada bulan Disember. Apakah misi tahunan dapat dilaksanakan sepenuhnya? Jangan bersedih. Masih berbaki 30hari sebelum semuanya berakhir.

Aku cuma nak mengucapkan syukur kerana masih diberikan nyawa untuk melepasi bulan Disember yang pasti menjadi penantianku saban tahun. Terlalu jauh nak jumpa sebab saya sudah 11bulan rindukanmu. Alhamdulillah. Kita berjumpa jua :)

Disember,
penuh dengan hari-hari yang indah bagi semua kawan-kawan yang nak menyambut hari lahir mahupun melangsungkan perkahwinan kerana musim cuti sekolah sudah kembali. Pastinya setiap minggu sepanjang bulan Disember menjadi tarikh kegembiraan untuk mereka. Aku juga tidak mahu terlepas untuk pergi makan nasi minyak mereka. Walaupun susah nak balik sejak belajar di UTHM ni, kadang2 terpaksa gagahkan diri juga untuk balik. Lebih2 lagi perkahwinan kawan2 rapat sejak kecil dan di bangku sekolah.

Seperti Khairul Anuar Azman yang buat majlis di semenyih. Nasib baik ada family yang faham dan nak bawa g kenduri. Kalau tak melopong lagi lah nak tengok kawan rapat bersanding. Seronok weyh. Tahniah KHAI & NAD. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia sehingga ke syurga hendak-Nya. Semoga dapat anak-anak yang soleh dan solehah. Tahniah sekali lagi.

Okey,
Tetiba melalut pasal kahwin. Emm. Aku? Jangan ditanyalah pasal kahwin buat sakit hati jer. Lambat lagi weyh. Relax jer nanti sampai lah jemputannya. Cuma tak tahu lah bila kan?

27 days and still counting...

Wednesday, November 20

Alhamdulillah. Akhirnya :)


walaupun keputusan peperiksaan semester akhir ni, aku tak mampu kekalkan AKJ tapi masih bersyukur kerana masih melepasi HPNM untuk memiliki pingat itu. Good Job, NUR ANNISA BT ABDULLAH. Bersyukurlah apa yang dimiliki sekarang dan kau susah nak dapat semua ini. Insyaallah, kita semua DHK6F jumpa di Konvokesyen ke-9 PSIS yer. Rindu kawan2 semua :)

walaupun sedih tapi aku perlu akur yang aku sudah pun memberikan yang terbaik untuk peperiksaan yang lalu. aku dapat rasakannya sejak mula lagi. yang penting takde C okey untuk semester akhir ni. Bersyukur sangat2. Cukup2 makan semuanya. 

akhir kata, saya NUR ANNISA BT ABDULLAH telah pun menamatkan pembelajaran di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM, SELANGOR. Alhamdulillah. Yeahhhh :)

Friday, November 1

Le Tour De Terengganu

Assalamualaikum semua :)
Lama sangat tak update blog kan. Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan cuma rajin dan tak rajin jer nak menaipnya. Dengan kesibukan peperiksaan untuk final semester ni lagi lah membuat aku malas nak menulis blog yang bersawang ni. Biasa lah bila dah sibuk nak online update blog pon jadi malas.

LE TOUR DE TERENGGANU,
kenangan buat semua pelajar DHK 6F sebab pergi berjalan dan menuntut ilmu dari pengusaha2 yang telah pun berjaya dengan perniagaan masing2 di Kuala Terengganu. Seronok bila trip ni menjadi lebih2 lagi #GengRumahSewa ku yang gila lagi happening tu. Terima kasih juga kepada Encik Khairul Nizam sebagai pensyarah pengiring bagi subjek Entrepreneurship.

Walaupun tak banyak maklumat yang diperolehi tapi kenangan indah bersama2 mereka pasti dijadikan memori yang terindah dalam hidupku sepanjang menjadi pelajar PSIS. terima kasih kawan2. Seronok dapat pergi jalan2 kt Kuala Terengganu dengan korang semua. Bila lagi kita nak g jalan2 beramai2 kan. Lepas ni susah dah nak jumpa. Ni kan pula nak bercuti ramai2 kan :)

Hari 1 ( 1/10/2013 ) - Sepanjang hari berada dalam bas sebab jauh weyhh. Sampai takde posisi nak tidur dah dalam bas. Memang jauh weyhh. Nasib baik bawa bantal. Hehe :) Kalau tidak, sakit badan tengkuk pinggang semua lah. 10 jam juga lah sebab dari Sabak Bernam ke KL ke Tol Gombak ke Tol Kuantan ke Kuala Terengganu. Memang terbaik lahhh. Tidur bangun tidur bangun tak sampai2 juga. Sampai2 jer terus g makan dan check in kt Daisy Inn Homestay. 3 biji rumah. 2 pintu perempuan. 1 pintu lelaki.

Hari 2 ( 2/10/2013 ) - Semua segak2 belaka pakai baju korporat walaupun lain2 warna. Hehe. Layankn ajer. Pergi melawat Shinqu Food Industries dan Noor Arfa Batik merupakan perniagaan yang sudah pun maju dan gah di bumi Kuala Terengganu. Banyak pengalaman yang dikongsi kepada kami. Pastinya menjadi kekuatan dan semangat untuk bakal2 usahawan muda seperti kami semua. Petang g pantai dengan aida dan dak2 lelaki. Nak g tgok pantai sangat. Jauh gak berjalan semput masing2 tapi seronok sebab lautnya bersih tak macam kt tempat lain. Cuma ombak dia besar sket lah. Sebelah malam pula ada buat BBQ dan karaoke untuk makan malam.

Hari 3 ( 3/10/2013 ) - Semuanya sedondon pakai baju LE TOUR DE TERENGGANU warna merah mak ngah. Semuanya merah2 belaka. Seronok betul sebab hari ni jalan2 jer. Pergi Taman Tamadun Islam. Naik river cruise mensusuri sungai di Kuala Terengganu sampai ke taman tamadun islam dan melawat masjid terapung. Seronok sangat. Pergi pasar payang pulak. Shopping ler masing2. Macam g padang besar jer. Habes duit aku weyhh. Masing2 beli penyu bawa balik KL. Comey jer. Petang g pantai lagi sebab ada aktiviti outdoor yang disediakan oleh urusetia games. Penat tapi memang seronok sampai ada yang semput. Bila dah habes, buat istana pasir kt tepi pantai. Siap ada yg buat penyu. Malam ada penyampaian cenderahati untuk orang penginapan dan pengurusan sepanjang di KT.

Hari 4 ( 4/10/2013 ) - Berkemas2 angkat barang masuk bas balik. Balik KL weyhh. Beli keropok losong kt Kemaman jer sebab kt KT tak buka lagi sebab ktowang gerak awal2. Kejap jer rasanya berada di KT ni. Insyaallah kalau umur panjang boleh datang lagi jumpa Beeha dan Jue pula :)













Wednesday, June 5

Syukran :)

Assalamualaikum semua~
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.
tapi tetap redha tengok result muet aku. sah2 aku kena ambil lagi sekali untuk dapatkan band 3.
sabar yer annisa. In Shaa Allah, kau boleh buat untuk next MUET. hehe :)



Alhamdulillah dan terkejut sampai sakit jantung tengok result semester 5 ni.
Terima Kasih, Ya Allah :)
Terima Kasih, Mama
Terima Kasih, Pensyarah2 yang tak putus2 mencurahkan ilmu
Terima Kasih, kawan2 rapat yang selalu tolong aku untuk capai kejayaan ni





In Shaa Allah, aku akan buat yang terbaik untuk semester akhir nanti. I CAN'T WAIT :)

Saturday, June 1

Ceremony

Assalamualaikum semua~

Aku rasa tahun ni penuh dengan majlis perkahwinan dan pertunangan.
Juga kepada yg sudah pun menjadi ibu :)

Minta maaf yer kalau ada yg aku tak dapat hadir. Diri ini dicipta-Nya hanya satu.
Tak cukup tangan bila beramai2 kenduri dalam 1hari.
Mintak maaf sangat2. hehe :)

btw, TAHNIAH semua kawan yang aku sayangi.
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dalam hidup anda semua sebab aku sayang korang semua.


Zura && Zulhaimi (Perkahwinan)


 Afneda && Adi (Perkahwinan)

 Rafiqqa && Firdaus (Perkahwinan)


Shikin Shaharum (Perkahwinan)


Yaya && Ammar (Pertunangan)

Anies && Asyraff (Pertunangan)

Izzatul Ain && Azzam (Pertunangan)

Marzita && Hadi (Pertunangan)

Puteri Nana && Ariff (Pertunangan)

NorLiyana @ Nana pun dah dapat baby :)

Anita dapat baby :)



Congrats to Wan Diana, dapat baby boy juga :)


Monday, March 11

Finish exam MUET

alhamdulillah. 9/3/2013, lepas sudah exam MUET aku. fuhhh. lega saya. Insyaallah keputusannya bakal keluar lagi 2bulan. seram lah pulak bila cerita pasal keputusan MUET. emm. tak dapat nak jangka cara pemeriksaan menilai kertas aku. apa tah aku membebel dalam exam hari tu. tak pe lah. janji lepas sudah. 


siapa tak stress ambil MUET? Ya Allah. Tuhan sahaja yang tahu. memang tak susah, cuma bila dapat kertas terus BLUR dan BLANK. tekanan perasaan betul bila tengok kawan2 boleh jawab exam hari tu. tak pe nisa. at least, kau dah buat yang terbaik hari tu. Insyaallah. dapat band 3 pun jadi lah. hehe :)

berangan boleh lah. nak dapat tu? tak tahu lah. 

Monday, February 4

MUET oh MUET, it's comes nearly :'(

MUET?
Malaysian University English Test 

*MUET wajib di ambil jika anda mahu menyambung degree di IPTA terutama sekali di UITM, UPSI, UPM, USM, UKM dan banyak lagi IPTA2 yang mahukan pelajar degree melepasi tahap MUET yang telah pun ditetapkan mengikut jurusan yang dipelajari untuk ijazah :)

Apa target aku?
Semestinya band 4-3 :)

Bila sesi peperiksaan MUET yang diambil?
Sesi Mac 2013

Adakah aku gemuruh untuk hadapi MUET?
Itu sudah semestinya bagi setiap peperiksaan yang aku hadapi tapi MUET lebih menakutkan aku sebab ia melibatkan bahasa inggeris yang aku sendiri tak tahu tahap kefasihan bahasa inggeris aku. haha :) tapi bila dapat tengok jadual peperiksaan aku, lega jugak sebab hari khamis tapi 730pagi. bukan main awal lagi. bagus juga, Insyaallah otak fresh dan banyak idea2 yang akan aku keluarkan masa peperiksaan SPEAKING. hehe :)





walau apa pun yang terjadi, aku akan buat yang terbaik
demi keluarga, orang yang tercinta dan diri sendiri.
Insyaallah,
Aminnnnnnnn :))))





wish me luck for examination MUET Mac 2013 ♥ ♥ ♥

Sunday, December 30

What I get on 2012? :')

Azam 2012?
aku tak update pun tapi ada juga barang2 yang aku nak sangat miliki tahun 2012 dan aku telah pun memilikinya. hehe :) terima kasih kepada yang memberi.

Azam bagaikan matlamat jangka masa pendek bagi aku. So, aku tak jangka boleh dapat juga. Kadang2 memang kita tak jangka kita akan memilikinya. Betul tak? Kalau aku cakap, aku nak benda tu. Aku akan pastikan aku dapat. Tak kisah kena ikat perut dan kawal 9 nafsu perempuan aku ni. haha :)

So far, Alhamdulillah. lepas satu, satu, aku lalui sepanjang tahun 2012. Allah s.w.t. sahaja yang tahu apa yang aku lalui. Macam2 dah. Aku tetap sabar dan laluinya satu demi satu. Betul lah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. 



Antara kejayaan dan barang2 yang aku miliki sepanjang 2012 ;

Dapat Anugerah Ketua Jabatan untuk 3kali berturut2. Alhamdulillah :')
Sesi Disember 2011, Sesi Mei 2012, Sesi Jun 2012


Sport Shoes from My Heartbeat. Untuk hari lahir yg ke-22. Saya tak minta jenama ADIDAS.
Awak yang beli. Saya tak kisah pun yang murah :)


Android phone ( Samsung Galaxy Ace Plus ) 
Mampu memilikinya setelah bekerja kelas di meor bakeri, ampang.



Student package Celcom Broadband
Semoga lajulah broadband aku ni. Murah pun murah. Bagus :)



Friday, December 28

Wishes from him :')

Belove,
today is the day when you're born. The day that i thanks to Allah because you were born with those sweet smile, lovely face and kindness heart. And i'm so happy today because you're MINE, and i will LOVE you with all my heart. Maybe i'm not so perfect because sometimes i make you cry, but all i can give is my trust and my love for you. I'm yours. HAPPY BIRTHDAY my dear, wish you all the best in this world.






thank you  so much, heartbeat 

Monday, December 10

Semester 3 yang struggle gila :)


alhamdulillah dengan kejayaan kali ke-2 ini.
boleh nampak tak, HPNM aku 3.51
YES. aku sudah melepasi tahap yang aku mahukan selama ini.
terima kasih ALLAH :')

Sunday, September 30

Samsung Galaxy Ace Plus, milik saya :)

Salam stalker,
hari ni aku rajin pulak nak update blog yang sedia berhabuk ni.
tak faham aku kenapa lah dia berhabuk. haha :)

Samsung Galaxy Ace Plus?

Ehem. Handphone baru ke kak oi? Yelah dik.
Banyak duit? Ade lah sikit akak simpan.
Baru tu? Yelah takkan nak beli 2nd pulak dik.
Bila beli? Baru2 ni kat selayang mall jer sebelum g kenduri kawan.
Besarnya? Memang besar screen nya. Akak pun seram nak pakai.
Banyaknya game? Akak bosan2 suka main games sampai lebam. Haha :)

Inilah orang selalu tanya aku bila baru 1 minggu aku beli telefon ni. Semuanya soalan yang hampir sama aku bagi jawapannya. Entah lah. Aku minat sangat nak beli android. Sanggup simpan duit kerja part time ni. Haha. Masa tengah banyak kerja lah aku boleh simpan duit sikit2. Selain bayar broadband sendiri. Aku juga buat duit part time untuk duit belanja kat politeknik juga. Banyak pulak order bulan 9 ni. Aku pun simpan lah duit sikit sebab memang dah bertekad untuk tukar telefon android. Haha :)

BUKAN JANJI TAPI PASTI ! ! !


RM 710 sahaja 
bersama 8GB memory okey :)

Sunday, September 9

practise make perfect :)

Assalamualaikum...
Minta maaf jika jarang update blog yang bersarang lagi bersuluh ni. Sejak menjadi pelajar politeknik ni. Jadual aku penuh dengan kelas, part time job. Fuhhh ! Sibuk sangat2. Aku perlukn masa untuk cari cerita2 yang seronok untuk dikongsi bersama dalam blog aku ni. 

PRACTISE MAKE PERFECT,

Kenapa begitu? Sebab ada cerita yang aku nak kongsi. Hehe :)






Ni semua hasil kerja air tangan aku sendiri. Mesti anda semua tak percaya bukan? Ya. Aku juga tak nafikan itu. Tapi aku cuba buat yang terbaik dalam menghasilkan kek kahwin yang terbaik hampir setiap bulan ada sahaja tempahan. Semua hasil titik peluh ni bukan aku belajar sendiri tapi daripada Kolej Komuniti Selayang.  Aku bekas pelajar Kolej Komuniti Selayang Ambilan Jun 2008 dalam bidang bakeri dan konfeksionari. 

Aku banyak belajar sejak berada di tempat praktikal Warung Kek Mona's, Greenwood, Gombak. Pekerja2 mereka banyak dalam membimbing aku menjadi cake decorator yang terbaik. Banyak sangat yang aku pelajari. Ilmu yang diberi tak mampu dibeli di mana2. Mereka banyak menerima tempahan kek hari lahir dan kek kahwin, dari situ aku banyak melihat sendiri hasil air tangan mereka dalam menghasilkan kek kahwin yang cantik2. Terima kasih sangat2 :)

Dalam menghadapi rintangan aku untuk sampai ke tahap ni, ramai yang menyokong aku. Selalu menjadi pemberi semangat dalam apa jua yang aku lakukan. Ada juga kawan2 yang membuat tempahan kek kahwin, terima kasih kawan :) Aku rasa bersyukur sangat2 sebab boleh sampai ke tahap ni. Terima kasih juga pada Meor Bakery yang bagi peluang aku buat semua kek2 kahwin yang ditempah sepanjang operasi bakeri itu. Macam2 yang kita lalui, suka duka bersama. Kritikan juga memberi semangat untuk terus berusaha dalam mengeluarkan idea2 yang bernas dalam setiap kek kahwin yang dibuat.

Banyak sangat yang aku lalui. Daripada tak reti, terus expert buat aising menutup kek. Dulu lama sangat. Asyik menambah2 buttercream. Sampai kadang2 give up nak cantikkan kek yang telah ditutupi dengan buttercream. Bukan senang mahupun mudah sebab perlukan kesabaran di dada dan minda. Haha :) Bila dah tiap2 minggu balik buat tempahan kek kahwin, aku mula laju dalam setiap kerja2 yang aku lakukan. Aku tahu aku masih baru dalam lakukan semua ni. Ada yang lebih expert dari aku, lebih berpengalaman dari aku. Bukan aku nak menunjuk2 pada dunia tentang kelebihan aku tapi nak berkongsi suka duka aku. Banyak yang aku tempohi. 

Buttercream to Creamcheese to Fondant to Ganache.. 
Semua jenis topping aku dah buat dalam menghasilkan kek kahwin.
Paling tinggi pernah buat 4tingkat , 97 Kuntum Bunga Buttercream dalam 72 jam

Aku rasa puas bila dapat hasilkan kek2 kahwin mengikut kemahuan pelanggan. Alhamdulillah :)
*Aku tahu tak semua orang mampu buat kek kahwin, boleh buat bunga buttercream sendiri...








Terima kasih Allah S.W.T. kerana Kau berikan aku kelebihan ini...

Friday, August 17

sorry late :'(

happy birthday to you, sayang...
minta maaf sebab lambat sambut hari lahir awak tahun ni...

kek pun beli jer, tak mampu nak buat tahun ni. sebab saya busy sangat2 dgn kelas.
hadiah pun biasa2 jer tak sama tahun lepas, macam2 saya bagi kat awak.
sorry taw, sorry sangat2 :'(

petang sampai ipoh, terus g beli tiket wayang cte THE EXPENDABLE 2. then, beli kek birthday awak. balik rumah dan berbuka dgn family awak. sorry tak masak utk awak :'(
pergi bazaar dgn mak awak, beli lah kuih muih. terjumpa UMMI AFIQAH. rindu kau weyh ! !
malam keluar pergi tgok wayang. balik tu terus g rumah izni amek kek utk family awak dan utk saya bawa balik Kangar, Perlis... terima kasih izni :)





*terima kasih kerana menerima saya apa adanya. saya masih baru berhijab, harap awak boleh selalu tegur2 apa yang tak kena pada pemakaian saya. thanks :)

Thursday, August 9

5 rules of happiness :)

 1. Don’t hate



2. Don’t worry



3. Give more




4. Expect less




5. Live simply








last but not least, 
always remember your GOD ( Allah S.W.T. )

Friday, July 13

azam VS impian


AZAM 2012 ;
mahu bertudung / berhijab untuk selama-lamanya :)))

azam 2012 sudah tercapai dan aku suka dengan perubahan sekarang.
mungkin aku masih baru dalam berhijab. 
hope, orang sekeliling mahu menegur salah silap yang dilakukan.
bukan kerana paksaan atau kerana tomahan.
tapi ianya tulus ikhlas dari hati sanubari ini.
setiap manusia di muka bumi ini mahukan perubahan dalam hidupnya.
termasuk lah aku :))

---------------------------------------------------------

IMPIAN HIDUP ; 
memiliki diploma dan sambung ijazah seperti yg mama aku harapkan :))
DIPLOMA IN HOTEL AND CATERING MANAGEMENT
SARJANA MUDA SENI KULINARI, soon :)

impian ialah sesuatu yang kita susah untuk miliki jika tiada usaha yang gigih.
sekarang aku sudah cukup berimpikan degree in culinary arts UITM.
hopefully ianya berjaya. doakan saya.
DIPLOMA in progress soon :))
tak sabar nak habis diploma untuk sambung degree pulak
dan jadi pensyarah yang mampu mendidik anak2 muda menjadi seperti aku.
walaupun dari kelulusan SIJIL, aku mampu buktikan
yang aku juga mampu memiliki DEGREE macam kawan2 yang lain :))

Saturday, June 9

kawan datang dan pergi

tetiba rasa nak update blog. rindu rasanya stalker blog aku ni. haha :) aku juga rindu anda2 semua.

'FRIENDS COME AND GO WITHOUT YOU KNOWING'

BETUL LAH PEPATAH ITU~

semuanya datang dan pergi. datang menceriakan hati, pergi menyakitkan hati. setiap kali bertukar tempat belajar sejak dari tabika kemas sampai aku masuk politeknik. bila aku rapat dengan seseorang, pasti ia pergi meninggalkan aku tanpa berkata apa. kalau salah aku, aku minta maaf kawan. aku bukan manusia sempurna serba serbi. aku masih belajar mengenali erti kawan mahupun sahabat. terima kasih kerana pernah menjadi kawan aku. aku hargai semuanya. halalnya segalanya. maafkan salah silap yang aku pernah buat terhadap kau.

kepada yang masih berkawan dengan aku, terima kasih kerana menerima baik buruk kawanmu ini. memahami diri kawanmu ini. banyak bersabar untuk persabahatan ini. sentiasa mengingati kawanmu ini. 

*tanpa kawan2 semua, siapa lah aku ni ~