Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaa...
1st blog untuk tahun 2016 dan tetiba rasa nak menulis.
Kadang-kadang kita rasa kita hebat dalam satu ketika kita mula jatuh dan cuba untuk bangun semula. Bila ramai orang sekeliling membantu pasti kita boleh bangkit untuk harungi hidup yang lebih baik lagi tanpa memikirkan masalah yang kita hadapi.
Biarlah apa orang mahu kata kerana ia tak mampu memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Dan aku mulakan hidup kembali dengan lebih semangat untuk hadap semua masalah yang aku perlu tempuhi sepanjang hidup masih bernyawa dimuka bumiMu ini.
Yang pasti 2nd last semester di UTHM, cukup membuat aku menjadi kuat seperti hari ini dan akan datang sebab aku rasa aku hidup kerana Allah s.w.t dan bukan kerana mereka yang mengutuk dan mengeji aku dari belakang mahupun hadapan muka aku sendiri. Ya, kau yang suka mengutuk kekurangan aku yang Tuhan beri yang hakikatnya berpaling ke muka sendiri yang juga banyak kekurangan tanpa diri kau sedari.
Permulaan penulisan tahun 2016, hanyalah untuk mengatakan aku akan melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik menjadi seseorang yang baru dalam perhubungan yang sekian lama terjalin untuk mengukuhkan lagi pertalian yang sekian lama terjalin. Haihhh. Debarannya cuma aku yang tahu kerana bila kau mula rasa diri kau masih belum cukup sempurna untuk menjadi insan yang baik di sisiNya tetapi kau perlu meneruskan langkah kehidupan yang baru. Tetapi untuk permulaan tahun ini pon sudah cukup buat aku tersenyum walaupun perlu harungi detik-detik kekusutan otak ketika semester 2 2015/2016 di UTHM. Serius ohh. Hidup aku memang serabut gila dengan pengurusan koko yang perlu kau bagi komitmen 100% untuk setiap program yang dijalankan.
Walaubagaimanapun, semuanya telah selesai dengan sempurna dan walaupun ada sedikit kekurangan di sana dan sini. Aku masih cuba untuk mencapai target yang sepatutnya tapi bila memandangkan Keputusan Senarai Tampal yang menyedihkan, aku tak mampu berkata apa dan cuba berharap untuk semester yang terakhir di UTHM mampu mengubah keputusan keseluruhan aku untuk membuktikan kepada semua yang aku boleh mendapat Anugerah yang ingin dikecapi. Insya-Allah.
Dan setelah selesai semuanya, akhirnya aku akan meneruskan langkah untuk kehidupan yang baru menjadi tunangan kepada Mohamad Syahir bin Ahmad Zaini. Cuma berdoa untuk semua perjalanan yang akan dijalankan teratur dan sempurna di mataNya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.
Like you say,
Saya tak janji akan jaga awak sampai akhir nyawa awak,
Tetapi saya janji akan jaga awak sampai akhir nyawa saya.
Please make your word comes true soon. Love you.<3 p="">3>