Mesti semuanya sibuk dengan persiapan tahun depan. Aku juga yang baru nak update pasal pertengahan semester. Masih ditakuk yang lama. Malas update blog.
Banyak sangat benda yang terjadi sepanjang hidup di UTHM. Terlalu banyak manis dan pahit. Walaupun hampir setahun aku di UTHM tapi aku masih mencari siapa diri aku di UTHM. Belum cukup sempurna untuk menjadi seorang pendidik. Terlalu cepat masa berlalu. Banyak yang aku dah tempuhi tapi diri dan hati masih yang dulu.
Entah kenapa hati ini terlalu berat nak hadap semua ni.
Entah kenapa hati ini selalu berasa hiba bila berseorangan.
Entah kenapa hati ini mudah tersentuh dengan semua perkara.
Kalau aku tak cukup kuat mungkin sudah tersungkur dan meninggalkan semuanya. Tetapi ramai yang sentiasa menyokong dari belakang walaupun diri ini memang sentiasa tidak cukup kuat untuk hadap. Sabar lah hati masih ada saki baki 3 tahun unutk kau hadap. Sedikit sahaja lagi. Bersabarlah :')
No comments:
Post a Comment