Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)
Showing posts with label lensakamera. Show all posts
Showing posts with label lensakamera. Show all posts

Friday, November 1

Le Tour De Terengganu

Assalamualaikum semua :)
Lama sangat tak update blog kan. Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan cuma rajin dan tak rajin jer nak menaipnya. Dengan kesibukan peperiksaan untuk final semester ni lagi lah membuat aku malas nak menulis blog yang bersawang ni. Biasa lah bila dah sibuk nak online update blog pon jadi malas.

LE TOUR DE TERENGGANU,
kenangan buat semua pelajar DHK 6F sebab pergi berjalan dan menuntut ilmu dari pengusaha2 yang telah pun berjaya dengan perniagaan masing2 di Kuala Terengganu. Seronok bila trip ni menjadi lebih2 lagi #GengRumahSewa ku yang gila lagi happening tu. Terima kasih juga kepada Encik Khairul Nizam sebagai pensyarah pengiring bagi subjek Entrepreneurship.

Walaupun tak banyak maklumat yang diperolehi tapi kenangan indah bersama2 mereka pasti dijadikan memori yang terindah dalam hidupku sepanjang menjadi pelajar PSIS. terima kasih kawan2. Seronok dapat pergi jalan2 kt Kuala Terengganu dengan korang semua. Bila lagi kita nak g jalan2 beramai2 kan. Lepas ni susah dah nak jumpa. Ni kan pula nak bercuti ramai2 kan :)

Hari 1 ( 1/10/2013 ) - Sepanjang hari berada dalam bas sebab jauh weyhh. Sampai takde posisi nak tidur dah dalam bas. Memang jauh weyhh. Nasib baik bawa bantal. Hehe :) Kalau tidak, sakit badan tengkuk pinggang semua lah. 10 jam juga lah sebab dari Sabak Bernam ke KL ke Tol Gombak ke Tol Kuantan ke Kuala Terengganu. Memang terbaik lahhh. Tidur bangun tidur bangun tak sampai2 juga. Sampai2 jer terus g makan dan check in kt Daisy Inn Homestay. 3 biji rumah. 2 pintu perempuan. 1 pintu lelaki.

Hari 2 ( 2/10/2013 ) - Semua segak2 belaka pakai baju korporat walaupun lain2 warna. Hehe. Layankn ajer. Pergi melawat Shinqu Food Industries dan Noor Arfa Batik merupakan perniagaan yang sudah pun maju dan gah di bumi Kuala Terengganu. Banyak pengalaman yang dikongsi kepada kami. Pastinya menjadi kekuatan dan semangat untuk bakal2 usahawan muda seperti kami semua. Petang g pantai dengan aida dan dak2 lelaki. Nak g tgok pantai sangat. Jauh gak berjalan semput masing2 tapi seronok sebab lautnya bersih tak macam kt tempat lain. Cuma ombak dia besar sket lah. Sebelah malam pula ada buat BBQ dan karaoke untuk makan malam.

Hari 3 ( 3/10/2013 ) - Semuanya sedondon pakai baju LE TOUR DE TERENGGANU warna merah mak ngah. Semuanya merah2 belaka. Seronok betul sebab hari ni jalan2 jer. Pergi Taman Tamadun Islam. Naik river cruise mensusuri sungai di Kuala Terengganu sampai ke taman tamadun islam dan melawat masjid terapung. Seronok sangat. Pergi pasar payang pulak. Shopping ler masing2. Macam g padang besar jer. Habes duit aku weyhh. Masing2 beli penyu bawa balik KL. Comey jer. Petang g pantai lagi sebab ada aktiviti outdoor yang disediakan oleh urusetia games. Penat tapi memang seronok sampai ada yang semput. Bila dah habes, buat istana pasir kt tepi pantai. Siap ada yg buat penyu. Malam ada penyampaian cenderahati untuk orang penginapan dan pengurusan sepanjang di KT.

Hari 4 ( 4/10/2013 ) - Berkemas2 angkat barang masuk bas balik. Balik KL weyhh. Beli keropok losong kt Kemaman jer sebab kt KT tak buka lagi sebab ktowang gerak awal2. Kejap jer rasanya berada di KT ni. Insyaallah kalau umur panjang boleh datang lagi jumpa Beeha dan Jue pula :)













Saturday, June 1

Ceremony

Assalamualaikum semua~

Aku rasa tahun ni penuh dengan majlis perkahwinan dan pertunangan.
Juga kepada yg sudah pun menjadi ibu :)

Minta maaf yer kalau ada yg aku tak dapat hadir. Diri ini dicipta-Nya hanya satu.
Tak cukup tangan bila beramai2 kenduri dalam 1hari.
Mintak maaf sangat2. hehe :)

btw, TAHNIAH semua kawan yang aku sayangi.
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dalam hidup anda semua sebab aku sayang korang semua.


Zura && Zulhaimi (Perkahwinan)


 Afneda && Adi (Perkahwinan)

 Rafiqqa && Firdaus (Perkahwinan)


Shikin Shaharum (Perkahwinan)


Yaya && Ammar (Pertunangan)

Anies && Asyraff (Pertunangan)

Izzatul Ain && Azzam (Pertunangan)

Marzita && Hadi (Pertunangan)

Puteri Nana && Ariff (Pertunangan)

NorLiyana @ Nana pun dah dapat baby :)

Anita dapat baby :)



Congrats to Wan Diana, dapat baby boy juga :)


Sunday, September 23

Kursus Penyembelihan PSIS 2012

Salam stalker :)
Minta maaf jika aku sangat lambat update blog yang mula berhabuk.
Terlalu sibuk dengan sesi pembelajaran yang semakin padat.
Semakin dekat dengan peperiksaan. huh T_T


Baru-baru ni aku dan pelajar DHK3 PSIS menjalani kursus penyembelihan bagi subjek HALAL PRACTICE yang bakal kami duduki peperiksaan satu kertas sahaja. Seram sejuk bila cerita pasal peperiksaan. Huhu. Takut lah pulak.

Pagi2 dah bangun pergi kursus kat Dewan Syarahan Utama (DSU). Period pain pulak hari tu. Sabar jer lah. Aku tak dapat sembelih ayam. Sedih :( FREE pulak dapat sembelih ayam sendiri. Adoyai. Dapat lihat jer lah jawapannya. Dapat cabut bulu ayam/kambing jer lah. Haha :) Seronok juga rasa macam RAYA AIDILADHA pulak. Yelah sembelih ayam dan kambing, pas2 masak untuk makan tengahari beramai-ramai. Seronok betul. Puas hati dapat makan kambing. Hehe :) Jangan cemburu buta yer kawan2. 

GOOD JOB FOR SITI WAHIDA BINTI HASHIM,
kerana anda menyembelih kambing bagi pihak perempuan pada kursus penyembelihan tu :)
*bangga siot dak kelas aku tu. hahahaaaa :)

GOOD JOB FOR DHK3C TOO,
kerana sembelih 7ekor ayam dan SAH penyembelihannya. HALAL untuk dimakan :)
*bagus lah korang ni. heheheeee :)


 melapah bulu kambing dan sesi penyembelihan ayam :)

ayam yang sudah disembelih. KAMI SUKA AYAM :)
*semuanya HALAL yer ! ! !

sesi memotong isi dan tulang ayam & kambing
bagus betul abang2 kacak ni buat kerja :)

Sunday, August 5

F&B class :)

F&B = Food and Beverages Service :)
belajar menjadi waitress yang bertauliah gitu. haha :) aku masih baru dalam bidang F&B ni. so, if ada yang tak kena pada gambar2 yang di ambil, harap dimaafkan :) seronok masuk 1st kelas ni sebab Encik Saufiuddin bin Omar. laju dia ajar tapi faham. itu yang penting. 1day habis sampai topik 3. kelas kau jah.

i'm complete with waitress suit :)

lipatan napkin untuk atas pinggan, meja, goblet :)

Sunday, July 8

cameron highland 2012

sebenarnya last minit planning. sebab tu macam berterabur dan tak banyak gambar. hehe :) gambar banyak kat DSLR kawan syahir. seronok juga dapat release my mind for a few days. gerak dari ipoh pun petang sabtu. sampai brinchang 930malam juga lah. kesesakan lalu lintas yang sangat2 teruk sebab ada pasar malam kat brinchang. TAK PERGI PUN :(( lepas2 terus gerak apartment. tidur ramai2. masing2 penat. makan malam then tidur. ahad tengahari jejalan dan terus kemas2 balik. jejalan kat LADANG TEH BOH. seronok sangat. hehe :) pas2 singgah banyak tempat juga. beli sayur mayur untuk bawa balik. beli jagung lah. seronok perabih duit. habis duit gaji saya. sedih betul. ni semua pasal apartment MAHAL tu. takpelah. da lepas pun. nasib baik ada juga tempat tidur. kalau tidak, tidur dalam kereta lah jawapannya. haha :)














*ni semua gambar dari kamera saya. so, tak banyak gambar pun. banyak gambar syahir jer. gambar saya pun ada lah sekeping dua. emm. tak pe lah yang penting seronok dapat g bercuti walaupun seketika. dapat juga release my mind yang serabut ni. banyak sangat kerja. part time, kek kahwin, order bakery annisa lagi. FUHHH !!! penat betul. hehe :))

Sunday, April 22

Ciptaan-Nya cantik tak terkata :)







____________________________________________________________________________

aku masih belajar. belajar menggunakan kamera digital olympus ku.
siapa kata tade DSLR tak dapat snap gambar2 indah macam ni?
aku cintakan keindahan desa, ini yang mampu aku bukti kan :)
_____________________________________________________________________________


LOCATION : Semanggol,Perak ( 10 minit dari BUKIT MERAH )

*terima kasih farah DHK2B bawa kami pulang ke kampung halaman kau yang indah ni =D