Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)
Showing posts with label makansedap. Show all posts
Showing posts with label makansedap. Show all posts

Friday, November 1

Le Tour De Terengganu

Assalamualaikum semua :)
Lama sangat tak update blog kan. Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan cuma rajin dan tak rajin jer nak menaipnya. Dengan kesibukan peperiksaan untuk final semester ni lagi lah membuat aku malas nak menulis blog yang bersawang ni. Biasa lah bila dah sibuk nak online update blog pon jadi malas.

LE TOUR DE TERENGGANU,
kenangan buat semua pelajar DHK 6F sebab pergi berjalan dan menuntut ilmu dari pengusaha2 yang telah pun berjaya dengan perniagaan masing2 di Kuala Terengganu. Seronok bila trip ni menjadi lebih2 lagi #GengRumahSewa ku yang gila lagi happening tu. Terima kasih juga kepada Encik Khairul Nizam sebagai pensyarah pengiring bagi subjek Entrepreneurship.

Walaupun tak banyak maklumat yang diperolehi tapi kenangan indah bersama2 mereka pasti dijadikan memori yang terindah dalam hidupku sepanjang menjadi pelajar PSIS. terima kasih kawan2. Seronok dapat pergi jalan2 kt Kuala Terengganu dengan korang semua. Bila lagi kita nak g jalan2 beramai2 kan. Lepas ni susah dah nak jumpa. Ni kan pula nak bercuti ramai2 kan :)

Hari 1 ( 1/10/2013 ) - Sepanjang hari berada dalam bas sebab jauh weyhh. Sampai takde posisi nak tidur dah dalam bas. Memang jauh weyhh. Nasib baik bawa bantal. Hehe :) Kalau tidak, sakit badan tengkuk pinggang semua lah. 10 jam juga lah sebab dari Sabak Bernam ke KL ke Tol Gombak ke Tol Kuantan ke Kuala Terengganu. Memang terbaik lahhh. Tidur bangun tidur bangun tak sampai2 juga. Sampai2 jer terus g makan dan check in kt Daisy Inn Homestay. 3 biji rumah. 2 pintu perempuan. 1 pintu lelaki.

Hari 2 ( 2/10/2013 ) - Semua segak2 belaka pakai baju korporat walaupun lain2 warna. Hehe. Layankn ajer. Pergi melawat Shinqu Food Industries dan Noor Arfa Batik merupakan perniagaan yang sudah pun maju dan gah di bumi Kuala Terengganu. Banyak pengalaman yang dikongsi kepada kami. Pastinya menjadi kekuatan dan semangat untuk bakal2 usahawan muda seperti kami semua. Petang g pantai dengan aida dan dak2 lelaki. Nak g tgok pantai sangat. Jauh gak berjalan semput masing2 tapi seronok sebab lautnya bersih tak macam kt tempat lain. Cuma ombak dia besar sket lah. Sebelah malam pula ada buat BBQ dan karaoke untuk makan malam.

Hari 3 ( 3/10/2013 ) - Semuanya sedondon pakai baju LE TOUR DE TERENGGANU warna merah mak ngah. Semuanya merah2 belaka. Seronok betul sebab hari ni jalan2 jer. Pergi Taman Tamadun Islam. Naik river cruise mensusuri sungai di Kuala Terengganu sampai ke taman tamadun islam dan melawat masjid terapung. Seronok sangat. Pergi pasar payang pulak. Shopping ler masing2. Macam g padang besar jer. Habes duit aku weyhh. Masing2 beli penyu bawa balik KL. Comey jer. Petang g pantai lagi sebab ada aktiviti outdoor yang disediakan oleh urusetia games. Penat tapi memang seronok sampai ada yang semput. Bila dah habes, buat istana pasir kt tepi pantai. Siap ada yg buat penyu. Malam ada penyampaian cenderahati untuk orang penginapan dan pengurusan sepanjang di KT.

Hari 4 ( 4/10/2013 ) - Berkemas2 angkat barang masuk bas balik. Balik KL weyhh. Beli keropok losong kt Kemaman jer sebab kt KT tak buka lagi sebab ktowang gerak awal2. Kejap jer rasanya berada di KT ni. Insyaallah kalau umur panjang boleh datang lagi jumpa Beeha dan Jue pula :)













Sunday, July 28

happy 25th birthday, HEARTBEAT :)

Assalamualaikum w.b.t
Bello, you all :)

Setelah sekian lama aku tak menulis blog. Sudah pun bersawang blog aku ni. huhu. Sedihhh :')

Sempena hari lahir si dia yg ke-25, aku memang xde idea sebenarnya nak bagi dia apa. Jahatnya aku ni. Tahun ni kali ke 4 aku sambut birthday dia dan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih kerana tak meminta apa2 tapi aku tahu dia mahukan sesuatu. Aku tak mampu membelinya lagi. In Shaa Allah nanti sy belikan yerr :)



kek beli kt King's Confectionary. KitKat dan M&M beli dan buat macam ni :)


Thursday, August 23

beraya oh yeah :D

beraya sakan pada RAYA KE-5 bersama teman2 di sekitar KUALA LUMPUR.
seronok dapat jumpa kawan2 dan makan macam2. haha :)

1st openhouse, Rafiqa's House (TAMAN BATU MUDA). aku dan nad serbu dulu. then, tetiba kawan2 sekolah rafiqa join kami sekali. seronok betul kalau tgok makanan yg macam2 ni. rasa happy jer aku sepanjang hari ni. hehe :)

2nd openhouse, Aliza's House (PINGGIRAN BATU CAVES). aku, nad dan rafiqa berjalan2 cari hadiah untuk baby liza. pusing punya pusing. jumpa lah babywalker yang comel lagi kuit. kongsi duit. so sweet kan auntie2 ni. haha :) tapi tetiba rafiqa jumpa kekasih hati yg dikenen2kan oleh sepupu sendiri. okey. ni betul2 sweet. belum kenen2kan dowg dah jumpa sendiri depan mata bertentang mata gitu :) then, terus g rumah liza. bagi babywalker kat mummy liza and then gossip lah ape lagi u'all. berdekah2 masing2 bila mengenang zaman sekolah dulu. seronok macam baru semalam habis belajar kat SMKPJI tu. rindu nyaaa :)
hope anak liza boleh jalan dan berlari lepas ni dgn babywalker yg auntie2 bagi. comel betul anak kau liza.

3rd openhouse, Marzita's House (SELAYANG MULIA). aku, nad dan rafiqa meneruskan perjalanan ke rumah yg seterusnya. dekat jer ikut jalan pinggiran batu caves tu. tembus terus kg nakhoda. dekat sgt2 dah tu. hehe :) sampai jer, sesat jap. aku lupa rumah dia. haha. lama gila aku tak datang weyh. last, masa sekolah form 5 kalau tak silap aku. okey aku sudah tua. haha :) lepak2 gossip2. zati pun sampai. jauh betul perjalanan dia sebab dia dari cyberjaya datang selayang. mengantuk katanya. kasihan kau weyhh. hehe :)
lama betul bergossip sampai tak sedar dah pukul 11malam. masing2 berangkat pulang. 

*sorry to Maya sebab cancel last minit g rumah kau. lgpon dah lewat, taknak ler serbu rumah orang malam2 buta.


saya di petang RAYA ke-5 :)

aku, nad, rafiqa dan kwn2 sekolah rafiqa yang datang beraya :)

aku, nad, rafiqa beraya di rumah liza :)

babywalker from auntie nad, auntie nisa and auntie rafiqa :)

Tuesday, April 17

Mee Udang BNO


adakah ia menyelerakan tekak anda?


MARI RAMAI2 DATANG LEPAK BAGAN NAKHODA OMAR(BNO),
SABAK BERNAM yang jauh nun di penghujung selangor. haha :)

makan MEE UDANG SPECIAL RM5.50 sahaja :)

*boleh tahan lah sedapnya.