--------------------------------------------
Pick-Up Date / Time :
Cupcake / Cake :
Quantity :
Flavor Cake :
Wording put on cake :
blogku ini ibarat dairi yang tidak ditulis setiap hari tapi luahan yang datang dari hati kecilku ini.






Permohonan ke Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.
Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:
Lulusan SPM
RM 10.60
No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 16XXXX
Lulusan Sijil/Diploma Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti, lulusan Kolej Matrikulasi KPM
RM 6.00
No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 41XXXX
Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.
Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.
Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.
Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011.
*SEMOGA DAPAT MASUK POLITEKNIK YER KWN2 =)
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Julai 2011 dibuka mulai hari JUMAAT, 4 Mac 2011 melalui aplikasi dalam talian (online) http://www.politeknik.edu.my bagi kategori berikut:
a. Lulusan Sijil Politeknik KPT
b. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
c. Lulusan Diploma Politeknik KPT
d. Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
Untuk mengakses e-Borang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja).
Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "41" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 411051. Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2011 dan Disember 2011 sahaja.
Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.
NOTA:
Setelah mengisi e-Borang, pemohon dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut:
Pindaan maklumat pada e-Borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan ulangi langkah di atas.
Pemohon perlu melalui proses temuduga bagi program berikut:


e-Borang Kategori Lulusan Diploma /
Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan Kolej Matrikulasi KPM
Aplikasi online akan diaktifkan mulai
4 Mac 2011 hingga 4 April 2011.
Iklan Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2011
disiarkan seperti butiran berikut:
| Akhbar | Tarikh Siaran Iklan |
| Berita Minggu | 6 Mac 2011 (Ahad) |
| Borneo Post | |
| Tamil Nesan | |
| Sin Chew Jit Poh | |
| Metro Ahad | 13 Mac 2011 (Ahad) |
| Daily Express | |
| The Star | |
| Mingguan Malaysia | 20 Mac 2011 (Ahad) |
Program Diploma baharu yang ditawarkan mulai Sesi Julai 2011
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif).
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk).
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi).
Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).