Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Tuesday, December 20

Azam 2016


Assalamualaikum dan selamat pagi batu pahat...
Iyaaa saya masih di batu pahat. Minggu studyweek semester2 dulu mesti kat selayang dah time2 mcm ni tapi nak buat macam mana kan? Demi PSM2 dan SKETCHUP tercinta. Sis redha dengan ketentuan-Nya. Jika ini yang terbaik untukku.

Seperti biasa lah kalau cerita pasal azam baru untuk tahun baru nanti. Setiap tahun rasa nak ada impian yang sama sampai betul2 dapat achieve apa yang aku nak. Tapi itu lah masa nak mula lah macam2 dugaan datang dan pergi. Tapi nampaknya kali ini masih bertahan dan cuba untuk terus bertahan. Bila nak habis tahun lah baru rasa nak mulakan azam yang sekian lama berhabuk dalam diri ni. Nak buat macam mana kan? Belajar pon dalam bidang masakan takkan tak nak rasa dan makan apa yang kita buat. Mungkin bila dah habis semua kelas bila belajar degree ni. Baru lah rasa boleh mulakan azam ni.

Tipulah duit tak berhabis beratus-ratus nak kuruskan badan. Macam2 dah try lah. Sikit2 lama2 jadi malas bila takde perubahan. Emm. Stress lah beli macam2 tapi macam tu jugak. Effort tu ada tapi nak loss weight tu susah sangat. I dont know why. Bila aku cuba alternatif lain, sekejap jer lah effort tu datang. Lepas tu malas dan tinggalkan macam tu jer. Then, makan balik benda2 yang menggemukkan. Penat juga bila timbang jer tak turun. Terus stress sehari. Tapi makan tetap juga. Ape nak jadi pon tak tahu lah. Kesedaran itu hilang bila penat berusaha tapi masih takda perubahannya. Sabar jer lahhhh.

Sekarang pula, cuba untuk tidak makan nasi sejak dari 1/12/2016. Tunggu jer lah boleh loss weight ke tak sampai tahan yang aku mahu. I dont care anymore. Apa pon nak jadi, jadilah labu. Sis dah tak larat lah nak bawa lemak2 di badan ni. Malu tgok badan sendiri. Dulu boleh sabar lagi but now not anymore. Semoga usaha berterusan sehingga capai target sebelum kahwin. Kbai. Adiosss :)



Saturday, September 10

Senior year be like...

Assalamualaikum dan Selamat Malam semuaaaaa...
Tetiba rasa nak menaip malam ni, rasa kerajinan itu kembali...


Inilah rupa pelajar last semester, aku lah tu yang serabut dengan segala benda nak kena hadap. Lagi banyak bebanan nak kena hadap dan tempuhi sebelum mengakhiri zaman universiti sebagai pelajar degree. Hahaha. Ini lawak dan itulah aku rasa sekarang. Baru masuk beberapa hari pun serabut dia lain macam dari semester sebelum ni sebab ko dah kena mula PSM2 dan Projek Akhir bersama rakan sekelas. Mula dah nak bincang segala-galanya. Tapi entah lah apa yang kau kena lalui pon kau tak tahu lagi sebab semuanya masih diawang-awangan lagi. 

Lagi-lagi kena buat produk untuk PSM2 kau yang kau rasa mood nak buat benda tu belom sampai tapi rasa macam nak hempuk kepala kat dinding sampai semuanya berjalan lancar. Hahaha. Perangai malas tu susah bebenor nak dibuang dan tak tahu lah macam mana nak buang. Bila nak berubah pon tak tahu lah. Huhuhu.

Tetapi aku cuma harap semuanya berjalan lancar untuk aku selesaikan semester akhir ni dan boleh berlatihan mengajar dengan tenang. Walaupun seram nak hadap pelajar di Kolej Vokasional yang pelbagai ragam dan sikap mahupun sifatnya mereka semua,maka itulah yang aku kena tempuhi juga untuk selesaikan pembelajaran ijazah sarjana muda di UTHM. Selesaikanlah semuanya dengan hati yang tabah dan bersemangat untuk mencurah ilmu kepada anak bangsa sehingga mereka juga mampu seperti kita hari ini bukannya kita yang dahulu. Insya-Allah. Amin :)<3 p="">




Lots of love,

BAKAL CIKGU ANAK AWAK :)

Tuesday, July 19

Next step closer with him

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaa...
1st blog untuk tahun 2016 dan tetiba rasa nak menulis.

Kadang-kadang kita rasa kita hebat dalam satu ketika kita mula jatuh dan cuba untuk bangun semula. Bila ramai orang sekeliling membantu pasti kita boleh bangkit untuk harungi hidup yang lebih baik lagi tanpa memikirkan masalah yang kita hadapi.

Biarlah apa orang mahu kata kerana ia tak mampu memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Dan aku mulakan hidup kembali dengan lebih semangat untuk hadap semua masalah yang aku perlu tempuhi sepanjang hidup masih bernyawa dimuka bumiMu ini.

Yang pasti 2nd last semester di UTHM, cukup membuat aku menjadi kuat seperti hari ini dan akan datang sebab aku rasa aku hidup kerana Allah s.w.t dan bukan kerana mereka yang mengutuk dan mengeji aku dari belakang mahupun hadapan muka aku sendiri. Ya, kau yang suka mengutuk kekurangan aku yang Tuhan beri yang hakikatnya berpaling ke muka sendiri yang juga banyak kekurangan tanpa diri kau sedari.

Permulaan penulisan tahun 2016, hanyalah untuk mengatakan aku akan melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik menjadi seseorang yang baru dalam perhubungan yang sekian lama terjalin untuk mengukuhkan lagi pertalian yang sekian lama terjalin. Haihhh. Debarannya cuma aku yang tahu kerana bila kau mula rasa diri kau masih belum cukup sempurna untuk menjadi insan yang baik di sisiNya tetapi kau perlu meneruskan langkah kehidupan yang baru. Tetapi untuk permulaan tahun ini pon sudah cukup buat aku tersenyum walaupun perlu harungi detik-detik kekusutan otak ketika semester 2 2015/2016 di UTHM. Serius ohh. Hidup aku memang serabut gila dengan pengurusan koko yang perlu kau bagi komitmen 100% untuk setiap program yang dijalankan. 

Walaubagaimanapun, semuanya telah selesai dengan sempurna dan walaupun ada sedikit kekurangan di sana dan sini. Aku masih cuba untuk mencapai target yang sepatutnya tapi bila memandangkan Keputusan Senarai Tampal yang menyedihkan, aku tak mampu berkata apa dan cuba berharap untuk semester yang terakhir di UTHM mampu mengubah keputusan keseluruhan aku untuk membuktikan kepada semua yang aku boleh mendapat Anugerah yang ingin dikecapi. Insya-Allah.

Dan setelah selesai semuanya, akhirnya aku akan meneruskan langkah untuk kehidupan yang baru menjadi tunangan kepada Mohamad Syahir bin Ahmad Zaini. Cuma berdoa untuk semua perjalanan yang akan dijalankan teratur dan sempurna di mataNya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.

Like you say,
Saya tak janji akan jaga awak sampai akhir nyawa awak,
Tetapi saya janji akan jaga awak sampai akhir nyawa saya.

Please make your word comes true soon. Love you.<3 p="">

Thursday, March 12

Keluarga, Kekasih mahupun Kawan?

Assalamualaikum dan Selamat Petang semuaaaaa...
Alhamdulillah 1st post for 2015. Masih bernyawa sehingga hari ini. Esok hari belum tentu.

Kadang2 banyak sangat benda aku perlu fikir sebelum nak buat sesuatu keputusan yang muktamad. Terutama sekali bila kawan2 ajak keluar mahupun bercuti. Cukup2 lah bercuti hari tu. Takkan nak pergi lagi kot. Kalau nak pergi pun, aku nak kumpul duit sendiri jer. Dan penatlah nak minta duit kat parent. Yes, memang dorang lah sumber duit aku sepanjang sambung belajar ni tapi aku rasa tak perlu kot nak asyik minta duit sebab nak bercuti dengan kawan2.

Memang aku dah tak kerja macam belajar kat psis. Susah weyh bila dulu duit selalu ada dalam tangan. Cakap jer nak beli apa, semua dapat. Sekarang ni, semuanya kena minta duit parent. YES, MY PARENT YANG SUPPORT DUIT UNTUK SAMBUNG DEGREE. Bukan untung sangat pon tapi alhamdulillah aku tak perlu nak hadap hutang lepas habis belajar nanti. Hutang masa belajar sijil kt KK pon tak berbayar lagi. Itu pun parents kata nak bayar kan.

Aku bukan suka pun nak minta duit selalu, kadang2 sampai kena ikat perut makan maggi or roti jer sebab makan sekali jer sehari. Kalau lah duit boleh jatuh dari langit? Emm. Berangan jer lah kau. Then, masa mula2 masuk hari tu, banyak sangat guna duit habes nak dekat RM2,000.00 juga lah sebab nak beli itu ini, bayar itu ini. Dan aku nak ambil lesen kereta hujung bulan 3 ni. Cukup2 lah apa yang aku minta semua dapat weyh. Takpe lah. Semester lepas dah pergi pun melaka. Cukup2 lah tu yer bercuti sakan sangat pun tak boleh jugak.

Aku bukan anak orang kaya raya jutawan kilang gula bagai. Parent aku 2-2 bekerja dengan orang. Itu pun nasib baik ayah aku kerja kerajaan dan sekarang dah pencen. Banyak juga duit pencen dia. Aku duk mengharap duit parent jer sepanjang hidup belajar kat UTHM ni. Itu pun dah habis jimat dah. Cepat2 lah cuti semester, aku kena buat kerja lebih lah jual pape sebab nak kumpul duit beli hp sendiri. Rosak pulak mase mula2 nak masuk semester baru. Menyusahkan orang betul. Apalah nasib aku semester ni? Tapi itu lah. Harap2 dapat keputusan terbaik nanti, Insyaallah. Boleh minta handphone murah sebiji. 

Semester baru, macam biasa pergi kelas macam zombie. Blur sentiasa. Otak masih loading untuk terima semua subjek baru semester ni. Aku tak tahu lah kenapa? Every semester macam itu, bila dah nak final baru otak okey sikit. Macam kena pukau pun ada. Pergi kelas, tengok muka pensyarah. Then, balik dan buat assignment, siapkan kerja hantar. Itu jer lah rutin setiap semester aku. Otak ni macam tak boleh berfungsi untuk sebulan yang pertama masuk semester baru. Masih cuba untuk menerimanya lagi. Pening kepala kot. Semuanya assignment. Berlambak penuh dah assignmentnya. Berduyun2 untuk dikerjakan nanti. Sabar jer lah~

Lama tak update. Rindu orang jauh. Kbai :)

Monday, December 1

Hai Disember, Kita Jumpa Lagi...

Assalamualaikum semua.....
Nampaknya pengakhiran tahun mula terasa bila sudah menjejakkan kaki pada bulan Disember. Apakah misi tahunan dapat dilaksanakan sepenuhnya? Jangan bersedih. Masih berbaki 30hari sebelum semuanya berakhir.

Aku cuma nak mengucapkan syukur kerana masih diberikan nyawa untuk melepasi bulan Disember yang pasti menjadi penantianku saban tahun. Terlalu jauh nak jumpa sebab saya sudah 11bulan rindukanmu. Alhamdulillah. Kita berjumpa jua :)

Disember,
penuh dengan hari-hari yang indah bagi semua kawan-kawan yang nak menyambut hari lahir mahupun melangsungkan perkahwinan kerana musim cuti sekolah sudah kembali. Pastinya setiap minggu sepanjang bulan Disember menjadi tarikh kegembiraan untuk mereka. Aku juga tidak mahu terlepas untuk pergi makan nasi minyak mereka. Walaupun susah nak balik sejak belajar di UTHM ni, kadang2 terpaksa gagahkan diri juga untuk balik. Lebih2 lagi perkahwinan kawan2 rapat sejak kecil dan di bangku sekolah.

Seperti Khairul Anuar Azman yang buat majlis di semenyih. Nasib baik ada family yang faham dan nak bawa g kenduri. Kalau tak melopong lagi lah nak tengok kawan rapat bersanding. Seronok weyh. Tahniah KHAI & NAD. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia sehingga ke syurga hendak-Nya. Semoga dapat anak-anak yang soleh dan solehah. Tahniah sekali lagi.

Okey,
Tetiba melalut pasal kahwin. Emm. Aku? Jangan ditanyalah pasal kahwin buat sakit hati jer. Lambat lagi weyh. Relax jer nanti sampai lah jemputannya. Cuma tak tahu lah bila kan?

27 days and still counting...