Dear Self.

My photo
25. Malaysian. Studies at UTHM, Bachelor in Vocational Education ( Catering ) with Honours :)

Friday, September 12

Tahun 2 Semester 1

Assalamualaikum semua...
Mesti semuanya sibuk dengan persiapan tahun depan. Aku juga yang baru nak update pasal pertengahan semester. Masih ditakuk yang lama. Malas update blog.

Banyak sangat benda yang terjadi sepanjang hidup di UTHM. Terlalu banyak manis dan pahit. Walaupun hampir setahun aku di UTHM tapi aku masih mencari siapa diri aku di UTHM. Belum cukup sempurna untuk menjadi seorang pendidik. Terlalu cepat masa berlalu. Banyak yang aku dah tempuhi tapi diri dan hati masih yang dulu.

Entah kenapa hati ini terlalu berat nak hadap semua ni.
Entah kenapa hati ini selalu berasa hiba bila berseorangan.
Entah kenapa hati ini mudah tersentuh dengan semua perkara.

Kalau aku tak cukup kuat mungkin sudah tersungkur dan meninggalkan semuanya. Tetapi ramai yang sentiasa menyokong dari belakang walaupun diri ini memang sentiasa tidak cukup kuat untuk hadap. Sabar lah hati masih ada saki baki 3 tahun unutk kau hadap. Sedikit sahaja lagi. Bersabarlah :')

Sunday, January 26

TEMUDUGA UTHM

Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog yang bersawang ni. Malas dan tak berkesempatan nak update sebenarnya sebab terlalu sibuk. Akhirnya dapat juga masa untuk update setelah selesai menjalani Minggu Haluan Siswa di UTHM ni.



Atas ni surat temuduga di UTHM untuk kursus pendidikan katering. Bila dapat pergi temuduga rasa seronok dan nervous sangat2. Rasa macam tak percaya pun ada. Pergi lah temuduga sendiri bersama kawan2 PSIS dulu. ber3 lah pergi menaiki bas terus ke Batu Pahat. Agak jauh juga kalau daripada Batu Pahat ke UTHM sebab hotel D'Impian Inn berdekatan Pekan Parit Raja, Batu Pahat. Bermalam lah di hotel dan membuat research sikit2 pasal pengalaman orang lain ketika menghadiri temuduga di IPTA yang lain.

Ada yang kena nyanyi, ada yang kena hafal nama menteri2. bila baca blog2 tu pun kita rasa macam dan down sikit sebab macam susah jer nak lepas temuduga ni. Sebab dari pengalaman2 orang lain juga kan sebab ada yang kawan2 mereka yang tidak lepas temuduga pendidikan.

Bila hari pergi temuduga tu, sorang jer kawan yang temuduga pagi. Saya dan kawan lagi sorang kena petang. Jalan2 lah kami ber2 melawat Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Besar dan banyak makmal sebenarnya. Berapa kali tah pusing2 tak jumpa cafe? Sedih betul.

Bermula lah temuduga sesi petang, saya masuk bersama 5 orang pelajar yang lain. Temuduga secara berkumpulan lah maknanya sebab ada IPTA lain yang berseorangan. Tips2 temuduga di UTHM;

  • Masuk dan beri Salam/Selamat Pagi/Petang.
  • Beri sijil2 original kepada panel dan tunggu sehingga diberi arahan untuk duduk.
  • Soalan pertama ; Describe yourself and why you want to be a teacher?
  • Soalan kedua (grouping) ; Kena pilih soalan. Jawab secara berkumpulan/individu (depends on panel temuduga juga. sebab panel temuduga kawan saya, panel bagi soalan dan kita bincang dalam group)

Soalan pertama tu memang famous kalau kita pergi temuduga untuk pendidikan. Maybe orang dah beranggapan kalau ambil pendidikan jer mesti jadi cikgu. Yekew? Emm. Tapi masa saya kena tu memang tegas dan tak bagi langsung cakap dalam bahasa melayu. Maybe sebab dia nak tengok kita bercakap dalam bahasa inggeris kan? Bila turn saya masa temuduga tu, banyak juga soalan yang panel tanya sebab dia kenal Ketua Jabatan Hospitali PSIS. Nasib baik ingat Encik Kamil :) 
Dan antara yang saya kagum, dapat jumpa orang yang design swimming pool JPH PSIS. Itu memang terbaik lah dan memang seronok sangat sebenarnya. Hehe :) Dan panel akan tanya pasal kebolehan kita sebenarnya. Siap tanya harga macaroon dan cara2 nak buat. Kelakar pula bila kenangkan balik.
Dan semua orang dalam bilik tu kagum sebab saya ade bisnes bakeri sendiri walaupun dirumah sebab saya satu2nya pelajar HOTKAT dalam bilik temuduga tu. Seronok lah tengok ragam orang. ada yang laju berbahasa melayu tetapi kurang fasih berbahasa inggeris. Biasalah kita semua manusia, tiada yang perfect pun. 
Last skali, bila dah habes temuduga. Sempat lagi ambil gambar beramai2 kt bawah bangunan FPTV :)
Seronok dapat jumpa kwn2 baru :)


Wednesday, November 20

Alhamdulillah. Akhirnya :)


walaupun keputusan peperiksaan semester akhir ni, aku tak mampu kekalkan AKJ tapi masih bersyukur kerana masih melepasi HPNM untuk memiliki pingat itu. Good Job, NUR ANNISA BT ABDULLAH. Bersyukurlah apa yang dimiliki sekarang dan kau susah nak dapat semua ini. Insyaallah, kita semua DHK6F jumpa di Konvokesyen ke-9 PSIS yer. Rindu kawan2 semua :)

walaupun sedih tapi aku perlu akur yang aku sudah pun memberikan yang terbaik untuk peperiksaan yang lalu. aku dapat rasakannya sejak mula lagi. yang penting takde C okey untuk semester akhir ni. Bersyukur sangat2. Cukup2 makan semuanya. 

akhir kata, saya NUR ANNISA BT ABDULLAH telah pun menamatkan pembelajaran di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM, SELANGOR. Alhamdulillah. Yeahhhh :)

Wednesday, November 13

Result is coming


Insyaallah semuanya lulus dengan jayanya. Kita dah buat yang terbaik masa peperiksaan hari tu kan? So, doakan keputusan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang yer :)

GOOD LUCK TO ALL PSIS CANDIDATES
for sesi JUNE 2013 :)

Friday, November 1

Le Tour De Terengganu

Assalamualaikum semua :)
Lama sangat tak update blog kan. Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan cuma rajin dan tak rajin jer nak menaipnya. Dengan kesibukan peperiksaan untuk final semester ni lagi lah membuat aku malas nak menulis blog yang bersawang ni. Biasa lah bila dah sibuk nak online update blog pon jadi malas.

LE TOUR DE TERENGGANU,
kenangan buat semua pelajar DHK 6F sebab pergi berjalan dan menuntut ilmu dari pengusaha2 yang telah pun berjaya dengan perniagaan masing2 di Kuala Terengganu. Seronok bila trip ni menjadi lebih2 lagi #GengRumahSewa ku yang gila lagi happening tu. Terima kasih juga kepada Encik Khairul Nizam sebagai pensyarah pengiring bagi subjek Entrepreneurship.

Walaupun tak banyak maklumat yang diperolehi tapi kenangan indah bersama2 mereka pasti dijadikan memori yang terindah dalam hidupku sepanjang menjadi pelajar PSIS. terima kasih kawan2. Seronok dapat pergi jalan2 kt Kuala Terengganu dengan korang semua. Bila lagi kita nak g jalan2 beramai2 kan. Lepas ni susah dah nak jumpa. Ni kan pula nak bercuti ramai2 kan :)

Hari 1 ( 1/10/2013 ) - Sepanjang hari berada dalam bas sebab jauh weyhh. Sampai takde posisi nak tidur dah dalam bas. Memang jauh weyhh. Nasib baik bawa bantal. Hehe :) Kalau tidak, sakit badan tengkuk pinggang semua lah. 10 jam juga lah sebab dari Sabak Bernam ke KL ke Tol Gombak ke Tol Kuantan ke Kuala Terengganu. Memang terbaik lahhh. Tidur bangun tidur bangun tak sampai2 juga. Sampai2 jer terus g makan dan check in kt Daisy Inn Homestay. 3 biji rumah. 2 pintu perempuan. 1 pintu lelaki.

Hari 2 ( 2/10/2013 ) - Semua segak2 belaka pakai baju korporat walaupun lain2 warna. Hehe. Layankn ajer. Pergi melawat Shinqu Food Industries dan Noor Arfa Batik merupakan perniagaan yang sudah pun maju dan gah di bumi Kuala Terengganu. Banyak pengalaman yang dikongsi kepada kami. Pastinya menjadi kekuatan dan semangat untuk bakal2 usahawan muda seperti kami semua. Petang g pantai dengan aida dan dak2 lelaki. Nak g tgok pantai sangat. Jauh gak berjalan semput masing2 tapi seronok sebab lautnya bersih tak macam kt tempat lain. Cuma ombak dia besar sket lah. Sebelah malam pula ada buat BBQ dan karaoke untuk makan malam.

Hari 3 ( 3/10/2013 ) - Semuanya sedondon pakai baju LE TOUR DE TERENGGANU warna merah mak ngah. Semuanya merah2 belaka. Seronok betul sebab hari ni jalan2 jer. Pergi Taman Tamadun Islam. Naik river cruise mensusuri sungai di Kuala Terengganu sampai ke taman tamadun islam dan melawat masjid terapung. Seronok sangat. Pergi pasar payang pulak. Shopping ler masing2. Macam g padang besar jer. Habes duit aku weyhh. Masing2 beli penyu bawa balik KL. Comey jer. Petang g pantai lagi sebab ada aktiviti outdoor yang disediakan oleh urusetia games. Penat tapi memang seronok sampai ada yang semput. Bila dah habes, buat istana pasir kt tepi pantai. Siap ada yg buat penyu. Malam ada penyampaian cenderahati untuk orang penginapan dan pengurusan sepanjang di KT.

Hari 4 ( 4/10/2013 ) - Berkemas2 angkat barang masuk bas balik. Balik KL weyhh. Beli keropok losong kt Kemaman jer sebab kt KT tak buka lagi sebab ktowang gerak awal2. Kejap jer rasanya berada di KT ni. Insyaallah kalau umur panjang boleh datang lagi jumpa Beeha dan Jue pula :)